GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
AFP

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa tiada bukti mereka yang pernah mendapat jangkitan Covid-19 tidak akan terkena jangkitan kali kedua.

Amaran berkenaan berkait dengan pengeluaran 'pasport imuniti' yang hanya menyebabkan pandemik berkenaan terus merebak.

WHO dalam kenyataan berkata, setakat ini tiada bukti kukuh bahawa mereka yang sembuh dari Covid-19 dilindungi daripada jangkitan kedua.

"Sehingga 24 April 2020, tiada kajian dilakukan untuk membuktikan kehadiran antibodi terhadap SARS-CoV-2 memberi 'perlindungan' daripada jangkitan akibat virus sama," katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas terdapat beberapa kerajaan yang mahu membuka semula aktiviti ekonomi, memberi idea untuk mengeluarkan dokumen bagi mereka yang pernah mendapat jangkitan.

Namun, keberkesanan imunisasi daripada antibodi jangkitan ini belum dapat dipastikan dan tiada data saintifik untuk membuktikannya.

"Mereka yang menyangka diri 'kebal' daripada jangkitan kedua mungkin mengambil mudah langkah-langkah pencegahan dan hanya menyebabkan risiko peningkatan kes," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 April 2020 @ 10:41 PM