JENNIFER Walker ditahan kerana menjilat barangan runcit. FOTO AFP
JENNIFER Walker ditahan kerana menjilat barangan runcit. FOTO AFP
AFP

Los Angeles: Wanita California ditahan selepas menjilat barang runcit dan barangan lain bernilai $1,800 di sebuah pasar raya di utara negeri ini.

Jurucakap polis South Lake Tahoe, Chris Fiore memberitahu AFP, anggota polis ke pasar raya Safeway selepas mendapat laporan ‘pelanggan menjilat barangan runcit’ yang mendatangkan kebimbangan ketika penularan wabak Covid-19.

“Ketika anggota polis tiba, kakitangan Safeway memaklumkan suspek

meletakkan beberapa barang kemas milik pasar raya itu di atas tangannya.

“Suspek kemudian menjilat barang kemas itu sebelum memasukkan barangan lain ke dalam troli dibawa,” katanya.

Fiore berkata, anggota polis dapat mengesan suspek yang dikenali sebagai Jennifer Walker, di dalam pasar raya dengan troli dipenuhi barang termasuk daging dan arak.

Namun, wanita itu tidak berniat membelinya.

Walker, 53, ditahan kerana melakukan vandalisme, dan barangan yang diambil terpaksa dimusnahkan kerana dibimbangi sudah tercemar.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 April 2020 @ 12:13 PM