GAMBAR menunjukkan bas awam yang hampir kosong di pusat bandar London. FOTO Reuters
GAMBAR menunjukkan bas awam yang hampir kosong di pusat bandar London. FOTO Reuters
AFP

London : Britain mengumumkan perintah berkurung selama tiga minggu, mulai semalam bagi dalam usaha memperlahankan penularan jangkitan koronavirus baharu (Covid-19).

Keputusan itu seiring amaran Pertubuhan Kesihatan Dunia (WH0) mengenai ancaman wabak itu di seluruh dunia.

Ia sekali gus menunjukkan Britain mengikut jejak langkah beberapa negara lain dalam menguatkuasakan perintah berkurung.

Meskipun begitu, jumlah kematian di seluruh dunia terus meningkat iaitu melepasi angka 16,000 manakala lebih 360,000 individu dijangkiti wabak itu di seluruh dunia.

Hampir 100 kematian direkodkan di New York hingga menimbulkan kerisauan ia akan terus merebak dan mengancam 8.5 juta penduduk di bandar dengan populasi terbesar di Amerika Syarikat (AS) itu.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Gutteres merayu gencatan senjata segera di zon konflik dunia, manakala Perancis dan China diseru untuk berbincang mengenai ekonomi Kumpulan 20 (G20) dalam usaha berdepan krisis yang mencabar ini.

Sementara itu, di Washington, Kongres berusaha meluluskan pakej keselamatan hampir dua trilion Dolar Amerika untuk ekonomi AS.

Ia masih gagal untuk diluluskan selepas Parti Demoktrat menolak cadangan Parti Republikan itu atas alasan ia hanya menguntungkan syarikat besar tetapi tidak cukup melindungi pekerja.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mac 2020 @ 11:08 AM