PENGAMAL perubatandi China  memakai pakaian khas bagi mengekang penyebaran virus koronavirus. FOTO AFP
PENGAMAL perubatandi China memakai pakaian khas bagi mengekang penyebaran virus koronavirus. FOTO AFP
Agensi

Beijing: Kira-kira lima juta penduduk dikesan meninggalkan Wuhan sebelum kerajaan mengumumkan tempoh berkurung akibat penyebaran koronavirus.

Bercakap dalam sidang media, Datuk Bandar Zhou Xianwang berkata, selepas pengumuman berkurung dilaksanakan, terdapat kira-kira sembilan juta orang masih berada di bandar itu.

Daripada 2,700 individu dalam pemerhatian di bandar berkenaan, kira-kira 1,000 disyaki dijangkiti virus itu dengan 533 kes disahkan sehingga semalam.

Kerajaan China telah mengarahkan penutupan Wuhan dan beberapa bandar lagi sejak Khamis lalu untuk mengekang virus berkenaan terus tersebar namun, kebanyakan penduduk bandar sudah meninggalkan kediaman masing-masing sebelum arah dikeluarkan.

Malah, ada yang tergesa-gesa meninggalkan kediaman mereka sejurus pengumuman dibuat Rabu lalu.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 January 2020 @ 3:44 PM