GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
BERNAMA

OPERASI penerbangan di Lapangan Terbang Changi Singapura terganggu pada 12.10 tengah malam tadi selepas Menara Kawalan Changi terpaksa dikosongkan.

Menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS), menara kawalan itu terpaksa dikosongkan berikutan sistem halangan kebakaran diaktifkan.

Operasi penerbangan pulih pada 1.40 pagi apabila menara kawalan itu kembali beroperasi, jelas CAAS.

“Buat sementara waktu, perkhidmatan kawalan lalu lintas udara disediakan daripada khidmat sokongan,” menurut CAAS dalam catatan di Facebooknya kira-kira 5 pagi, hari ini.

Ketika tempoh berkenaan, CAAS memaklumkan bahawa terdapat 50 penerbangan berlepas tertunda selama 30 minit atau lebih manakala sembilan penerbangan ketibaan dilencongkan.

“Tiada kebakaran. Siasatan terhadap punca pengaktifan berkenaan sedang berjalan,” jelas pihak berkuasa itu lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 January 2020 @ 11:40 AM