COCO menaiki penerbangan mewah kelas pertama dari San Fransisco ke Jepun. FOTO Kennedy News
COCO menaiki penerbangan mewah kelas pertama dari San Fransisco ke Jepun. FOTO Kennedy News
Agensi

LONDON: Tuah ayam nampak di kaki, tetapi lain pula dengan tuah seekor arnab ini yang dapat menaiki penerbangan kelas pertama dari San Fransisco ke Jepun dan dihidangkan dengan makanan mewah.

Portal Mirror melaporkan, arnab berusia lapan tahun itu diberi nama Coco oleh pemiliknya, Takako Ogawa.

Lebih menarik, Coco dipakaikan ‘bow tie’ dan hidup mewah dengan penerbangan kelas pertama menaiki United Airlines selama 11 jam.

Malah, Coco diberi tempat duduk khas dengan kerusi empuk dan dijaga secara bergilir oleh kru penerbangan.

COCO dihidangkan dengan makanan mewah. FOTO Kennedy News
COCO dihidangkan dengan makanan mewah. FOTO Kennedy News

Itu bukan penerbangan pertama Coco, tiga tahun lalu ketika Takako berpindah dari Jepun ke California, dia turut membawa haiwan peliharaan itu bersama.

Takako, 32, berkata, dia tidak sanggup meletakkan Coco di ruang bagasi dan memutuskan untuk mendaftarkan haiwan peliharaannya sebagai haiwan sokongan emosi.

Dia yang juga ketua pegawai eksekutif sanggup membayar 100 dolar (sekitar RM400) untuk mendapatkan status haiwan kesayangannya itu untuk berada dalam kabin dengan sangkarnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 January 2020 @ 4:19 PM