Patung lilin Harry dan Meghan dipisahkan daripada ruang pameran keluarga Diraja Britain. FOTO Press Association
Patung lilin Harry dan Meghan dipisahkan daripada ruang pameran keluarga Diraja Britain. FOTO Press Association
Agensi

PATUNG lilin Putera Harry dan isterinya, Meghan tidak akan dipamerkan lagi dalam set ruangan keluarga Diraja Britain, di Muzium Madame Tussauds di London berkuasa kuasa hari ini.

Memetik laporan The Sun, perkara itu diumumkan Pengurus Besar Madame Tussauds Steve Davies, susulan keputusan mengejut pasangan berkenaan yang mahu berundur dari sistem keluarga Diraja England semalam.

"Mulai hari ini, patung lilin Harry dan Meghan tidak akan muncul lagi dalam set karya patung keluarga Diraja kami.

"Namun, sebagai dua ikon paling popular dan disayangi ramai, karya mereka tentu saja penting dikekalkan dalam Madame Tussauds London, namun kami masih melihat perkembangan mereka seterusnya," katanya.

Bagaimanapun, Davies tidak memaklumkan di mana lokasi baharu karya patung lilin Duke dan Duchess of Sussex itu akan ditempatkan.

Kelmarin, Harry dan Meghan membuat pengumuman di media sosial tentang pengunduran mereka berikutan mahu meluangkan lebih masa di Amerika Utara.

Media melaporkan pasangan itu tidak memberitahu keputusan berkenaan terlebih dahulu kepada bapanya, Putera Charles dan Ratu Elizabeth II.

Berita mengejutkan itu susulan pengakuan pasangan itu sebelum ini yang berdepan tekanan liputan media dan dakwaan hubungan dingin dengan Putera Charles.

Harry berharap, pengunduran itu memberikan mereka ruang berdikari membina kehidupan sendiri dan membangunkan pertubuhan amal baharu.

Keputusan pasangan itu membuatkan keluarga diraja Britain kecewa.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 January 2020 @ 10:54 AM