ORANG ramai berlindung di bawah jambatan selepas hujan sepanjang malam menyebabkan banjir  di beberapa daerah di Jakarta. - AFP
ORANG ramai berlindung di bawah jambatan selepas hujan sepanjang malam menyebabkan banjir di beberapa daerah di Jakarta. - AFP
AFP

SEMBILAN individu dilaporkan maut ekoran banjir yang berlaku di Jakarta sejak semalam.

Namun, media tempatan melaporkan berlaku tanah runtuh selepas hujan lebat pada malam sambutan Tahun Baru 2020 yang menyebabkan beberapa lagi nyawa terkorban.

Seorang remaja berusia 16 tahun maut akibat terkena renjatan elektrik manakala kematian lain disebabkan hipotermia kata Ketua Agensi Pengurusan Bencana, Subejo.

Dalam pada itu, terdapat beberapa pasangan berusia terperangkap di rumah masing-masing selepas air sungai melimpah ke kediaman mereka.

Dalam masa sama, media tempatan juga melaporkan tiga individu maut selepas terperangkap dalam tanah runtuh di Cinere yang terletak di selatan Jakarta.

SEORANG lelaki selamatkan angsa dari bumbung rumah mereka daripada banjir. - AFP
SEORANG lelaki selamatkan angsa dari bumbung rumah mereka daripada banjir. - AFP

Menurut laporan Kompas.com, beberapa jalan utama dan kawasan rendah dinaiki air setinggi satu meter dan sehingga memaksa bekalan elektrik diputuskan untuk sementara waktu.

Presiden Indonesia, Joko Widodo meminta Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), pemimpin wilayah serta pasukan mencari dan menyelamat (SAR) memberikan bantuan sewajarnya kepada penduduk terjejas.

Wilayah yang terjejas antaranya pusat bandar, selatan dan timur Jakarta; Makasar, Pinang Ranti, Kampung Melayu, Rorotan, Raya Buaya dan Manggarai Selatan.

Beberapa kemudahan umum seperti Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma di Jakarta Timur dan tol Cikampek masih tidak dapat beroperasi sepenuhnya sehingga keadaan pulih.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 January 2020 @ 6:03 AM