PERTEMPURAN antara polis dan penunjuk perasaan di Uttar Pradesh. FOTO REUTERS
PERTEMPURAN antara polis dan penunjuk perasaan di Uttar Pradesh. FOTO REUTERS
AFP

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya enam penunjuk perasaan terkorban di India dalam pertempuran terbaharu antara polis dan perusuh, menjadikan angka kematian meningkat kepada 15 orang selepas ia tercetus apabila undang-undang kewarganegaraan dilihat sebagai anti Islam.

Kematian terbaharu berlaku di Uttar Pradesh selepas polis melepaskan tembakan terhadap penunjuk perasaan di utara Lucknow dan di selatan Mangalore.

Hampir 20 peratus daripada 200 juta penduduk negeri itu adalah Muslim.

Empat penunjuk perasaan masing-masing dua dari Meerut dan dua dari Muzaffarnagar, maut akibat luka tembakan, kata ketua pegawai perubatan Meerut, Rajkumar kepada AFP.

Menurut Rajkumar, lima pegawai polis termasuk tiga daripadanya luka akibat peluru, sedang dirawat di hospital.

Seorang lagi penunjuk perasaan maut akibat luka tembakan di daerah Bijnor sementara penyebab kepada enam kematian di Firozabad belum dapat diketahui, kata jurucakap polis tempatan kepada AFP.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Disember 2019 @ 12:19 PM