HARGA hotel di Phuket berkurangan sebanyak 50 peratus. FOTO/agensi
HARGA hotel di Phuket berkurangan sebanyak 50 peratus. FOTO/agensi
AFP

PHUKET: Hotel di Phuket, pulau pelancongan popular Thailand terpaksa mengurangkan harga kerana banyak bilik kosong manakala pantai lengang akibat kekurangan pelancongan dari China yang terjejas dengan perang dagang dengan Amerika Syarikat serta kenaikan nilai mata wang baht.

Menurut perangkaan kerajaan, 2.2 juta pelancong China mengunjungi Thailand pada 2018, namun antara Januari hingga September lalu, jumlahnya berkurang kepada tidak sampai dua juta orang.

Konsul kehormat Perancis di Phuket, Claude de Crissey, yang memiliki 40 bilik penginapan di Pantai Patong berkata, pihaknya terpaksa mengurangkan harga bilik sehingga 50 peratus akibat kekurangan pelancong.

Masalah itu bukan hanya di Phuket, malah turut membabitkan hotel di Pattaya dan Koh Samui.

Nilai baht meningkat 10 peratus berbanding yuan tahun ini dan kejadian bot karam di Phuket menyebabkan 47 pelancong China maut juga memberi kesan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Oktober 2019 @ 5:53 PM