SYARIKAT penerbangan Qantas akan melakukan penerbangan tanpa henti terpanjang dari New York, Amerika Syarikat ke Sydney, Australia pada hujung minggu ini. FOTO Agensi
SYARIKAT penerbangan Qantas akan melakukan penerbangan tanpa henti terpanjang dari New York, Amerika Syarikat ke Sydney, Australia pada hujung minggu ini. FOTO Agensi
AFP

SYDNEY: Sebuah pesawat dan penumpangnya akan melakukan penerbangan tanpa henti terpanjang dari New York, Amerika Syarikat ke Sydney, Australia pada hujung minggu ini.

Penerbangan selama 19 jam itu adalah yang pertama daripada tiga perjalanan ultra jauh dilakukan syarikat penerbangan Qantas pada tahun ini.

Sehingga 40 penumpang dan anak kapal termasuk kakitangan Qantas menaiki pesawat Boeing 787-9 yang berlepas dari New York pada hari ini.

Pesawat itu dijadual untuk tiba di Sydney pada pagi Ahad.

Saintis dari dua universiti Australia turut menaiki penerbangan itu untuk memantau pola tidur, tahap melatonin dan pengambilan makanan penumpang.

Juruterbang juga dikehendaki memakai peranti bagi memantau gelombang otak dan tahap was pada mereka.

Jumlah penumpang dihadkan bagi mengurangkan berat dalam pesawat serta memberi minyak mencukupi untuk perjalanan sejauh kira-kira 16,000 kilometer ke arah barat melalui Pasifik.

Ketua Pegawai Eksekutif Qantas, Alan Joyce berkata, belum ada penerbangan mencapai kejayaan sedemikian.

Dengan perbezaan masa 15 jam antara New York dan Sydney, kesan keletihan dan fizikal lain terhadap penumpang akan diperhati dengan teliti.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Oktober 2019 @ 12:22 PM