ZELENSKY melakukan perkara yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana ahli politik iaitu sidang media selama hampir 14 jam. FOTO AFP
ZELENSKY melakukan perkara yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana ahli politik iaitu sidang media selama hampir 14 jam. FOTO AFP
Agensi

KIEV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky yang juga bekas pelawak popular pernah berjanji untuk membawa politik baru ke negara itu apabila berkuasa.

Dan semalam, Zelensky melakukan perkara yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana ahli politik iaitu sidang media selama hampir 14 jam.

Kerana terlalu lama Agensi Rekod Nasional Ukraine mengisytiharkan sidang media itu sebagai paling lama dalam sejarah dunia.

Acara itu adalah sidang media utama pertama Zelensky, 41, sejak dia berkuasa pada Mei lalu.

Sidang media itu berlangsung di sebuah restoran di tengah Kiev,

Beratus-ratus wartawan tempatan dan antarabangsa duduk bersama Zelensky dan bergilir-gilir bertanyakan soalan.

Menurut media Ukraine, sidang media paling lama sebelum ini dipegang oleh pemimpin Belarus yang berlangsung selama tujuh jam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Oktober 2019 @ 12:43 PM