PELARIAN Burundian duduk di atas barang-barang mereka di stadium Lake Tanganyika di Kigoma barat Tanzania.
PELARIAN Burundian duduk di atas barang-barang mereka di stadium Lake Tanganyika di Kigoma barat Tanzania.
Reuters

DAR ES SALAAM: Hampir 600 pelarian meninggalkan Tanzania untuk pulang ke rumah mereka di Burundi hari ini, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ratusan ribu penduduk Burundi melarikan diri susulan keganasan politik pada 2015 ketika di bawah pemerintahan Presiden Pierre Nkurunziza.

Suruhanjaya PBB di Burundi melaporkan bulan lalu, terdapat risiko gelombang baru keganasan apabila negara itu semakin menghampiri pilihan raya 2020 dengan krisis politiknya yang masih tidak dapat diselesaikan.

Tetapi Burundi dan Tanzania bersetuju pada Ogos lalu untuk memulakan penghantaran pulang 200,000 pelarian apabila keadaan di Burundi bertambah baik.

Pegawai kerajaan Tanzanian dan PBB berkata semua pelarian pulang secara sukarela.

“Pelarian yang mendaftar untuk pulang ke rumah secara sukarela daripada semua kem pelarian berkumpul di kem Nduta dan berlepas dari sana,” kata Athuman Igwe, yang bertanggungjawab menyelaras urusan pelarian di Kigoma, Tanzania barat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Oktober 2019 @ 8:25 PM