TELUK Basamuk Bay tercemar akbat kebocoran cecair dari tangki loji Nikel Ramu. FOTO: Reuters.
TELUK Basamuk Bay tercemar akbat kebocoran cecair dari tangki loji Nikel Ramu. FOTO: Reuters.
AFP

PORT MORESBY: Pihak berkuasa Papua New Guinea menutup kawasan di sekitar sebuah loji nikel milik China di utara negara itu susulan kebocoran cecair pekat dipercayai toksik yang menyebabkan air laut bertukar merah.

Penguatkuasa Sumber Mineral dalam satu kenyataan hari ini berkata sebahagian daripada teluk Basamuk Bay sudah ditutup sementara menunggu keputusan ujian bagi menentukan tahap kerosakan alam sekitar.

Menurut kenyataan itu, penduduk dihalang berada berhampiran kawasan terjejas termasuk memancing.

Air dan kawasan pantai bertukar merah akibat cecair pekat yang dikatakan melimpah dari tangki di loji Nikel Ramu selama hampir sejam.

Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 4.30 pagi Sabtu lalu, namun kebocoran itu hanya dilaporkan pada tengahari.

Loji itu dikendalikan syarikat Kumpulan Pelogaman China yang memproses nikel yang digunakan dalam pembuatan bateri dan kereta elektrik.

Penduduk pernah mencuba menghalang operasi lombong dan loji proses nikel itu kerana sisa dibuang ke dalam laut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Ogos 2019 @ 5:50 PM