PEKERJA membersihkan timbunan sampah  dengan seorang daripada bayi berkenaan duduk di atas kerusi.
PEKERJA membersihkan timbunan sampah dengan seorang daripada bayi berkenaan duduk di atas kerusi.
Agensi

DUA bayi diselamatkan daripada rumah mereka di sini, yang dipenuhi timbunan sampah tidak ubah seperti di tempat pembuangan sampah selepas ibu bapa mereka ‘mengumpul’ sampah terbabit, termasuk lampin pakai buang dan bungkusan makanan.

Dua bayi perempuan berusia setahun dan dua tahun itu dilaporkan ditemui tidur di atas timbunan sampah di ruang tamu.

Menurut Daily Mail, gambar yang dibekalkan agensi kebajikan Kelab Belia Haiqing di Daerah Pingtung, selatan Taiwan, baru-baru ini, menunjukkan keadaan menjijikkan dalam rumah di bandar Wandan itu.

Satu gambar menunjukkan pekerja membersihkan timbunan sampah setinggi separuh dinding rumah dengan seorang daripada bayi berkenaan duduk di atas kerusi.

JABATAN kebajikan daerah hantar 30 sukarelawan bersihkan rumah itu.
JABATAN kebajikan daerah hantar 30 sukarelawan bersihkan rumah itu.

Bayi berusia setahun pula dilihat tidur dalam katilnya di tepi timbunan sampah.

Menurut kelab berkenaan, mereka membuat kunjungan ke rumah keluarga itu minggu lalu, selepas mengetahui mengenai ibu bapa bayi terbabit yang menganggur.

Ahli kelab berkenaan terkejut besar dengan keadaan dalam rumah pasangan itu apabila mendapati dua bayi mereka hidup bersama timbunan sampah, termasuk botol air, kotak dan bekas makanan.

Mereka turut menemui haiwan perosak, termasuk tikus dan lipas berselerak dalam rumah berkenaan, terutama di kawasan timbunan sampah.

Berikutan itu, jabatan kebajikan daerah berkenaan menghantar 30 sukarelawan bagi membersihkan rumah itu pada 22 Ogos lalu, mengumpul sampah sebanyak dua lori penuh.

KEADAAN rumah selepas dibersihkan.
KEADAAN rumah selepas dibersihkan.

Menurut pegawai kebajikan, tindakan pasangan itu yang bergantung kepada subsidi kerajaan tidak membawa kepada penderaan kanak-kanak namun mereka memerlukan bantuan untuk membesarkan dua bayi terbabit.

Siasatan masih dilakukan dan jabatan itu tidak mengambil dua bayi terbabit sebaliknya menugaskan pekerja sosial sepenuh masa mengawasi pasangan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Ogos 2019 @ 5:16 AM