PESAWAT ringan dinaiki dua warga Afrika terhempas di barat Tanzania. GAMBAR hiasan
PESAWAT ringan dinaiki dua warga Afrika terhempas di barat Tanzania. GAMBAR hiasan
Reuters

DAR ES SALAAM: Dua warga Afrika Selatan maut selepas pesawat ringan dinaiki terhempas di barat Tanzania, awal pagi ini.

Pesawat itu memasuki ruang udara Tanzania dari Uganda menuju ke Malawi sebelum juruterbang membuat isyarat kecemasan berhubung masalah enjin.

Selepas itu, pesawat terbabit hilang dari radar, kata Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Tanzania (TCAA).

“Juruterbang dan penumpang terbunuh tidak lama selepas pesawat itu berlepas dari lapangan terbang Tabora, jam 7.30 pagi,” kata Pesuruhjaya Daerah Sikonge, Peres Magiri kepada stesen televisyen ITV.

Ketika ditemui, pesawat dimiliki organisasi Afrika Selatan U-Dream Global itu sudah musnah akibat terbakar.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Ogos 2019 @ 5:40 PM