11 orang terbunuh di Nepal akibat banjir dan tanah runtuh yang disebabkan hujan monsun.
11 orang terbunuh di Nepal akibat banjir dan tanah runtuh yang disebabkan hujan monsun.
AFP

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh di Nepal akibat banjir dan tanah runtuh yang disebabkan hujan monsun, kata pihak berkuasa hari ini.

Di timur laut India, jumlah kematian akibat banjir meningkat kepada enam mangsa dengan 870,000 penduduk terjejas.

Hujan lebat melanda beberapa daerah di Nepal terutamanya rantau timur dan selatan negara itu sejak Khamis lalu.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri berkata, setakat ini 11 orang maut, manakala 13 cedera dan lapan lagi dilaporkan hilang.

Tiga mangsa maut apabila dinding di satu kawasan di Kathmandu runtuh.

Jabatan cuaca Nepal memberi amaran hujan lebat dijangka berterusan selama dua hari, dan menasihatkan orang ramai untuk berjaga-jaga.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Julai 2019 @ 10:57 PM