ANGGOTA tentera ketika mengawal keadaan. FOTO/AGENSI
ANGGOTA tentera ketika mengawal keadaan. FOTO/AGENSI
Reuters

ADDIS ABABA: Ketua staf tentera Habsyah dan presiden serantau maut ketika seorang jeneral cuba melakukan rampasan kuasa di Amhara, kata kenyataan pejabat Perdana Menteri, Abiy Ahmed.

Kenyataan itu berkata, dalam serangan pertama di Bahir Dar petang semalam, Presiden Amhara, Ambachew Mekonnen dan penasihatnya ditembak mati manakala peguam negeri itu cedera.

Manakala Ketua Staf Tentera, Seare Mekonnen dan seorang lagi pesara jeneral ditembak mati oleh pengawal peribadi sendiri di rumahnya selepas itu.

Abiy menamakan Ketua Keselamatan Negeri, Jeneral Asamnew Tsige sebagai individu yang bertanggungjawab melakukan rampasan kuasa itu tanpa mendedahkan butiran mengenai lokasinya.

Media melaporkan, Asamnew baru saja dibebaskan dari penjara tahun lalu dan diberi pengampunan selepas melakukan cubaan rampasan kuasa.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Jun 2019 @ 9:15 PM