SEORANG budak india cuba menyejukkan diri setelah India dilanda gelombang panas melebihi 50 darjah Celsius. FOTO AFP.
SEORANG budak india cuba menyejukkan diri setelah India dilanda gelombang panas melebihi 50 darjah Celsius. FOTO AFP.
AFP

NEW DELHI: Utara India dilanda gelombang panas melebihi 50 darjah Celsius sehingga mencetuskan amaran masalah bekalan air dan strok haba.

Jabatan kaji cuaca berkata, bandar gurun Churu di Rajasthan mencatatkan suhu 50.6 darjah Celsius, semalam.

Seluruh Rajasthan mengalami cuaca panas melampau dan beberapa bandar mencecah suhu maksimum melebihi 47 darjah Celsius.

Pada Mei 2016, Phalodi di Rajasthan mencatatkan suhu tertinggi di India iaitu 51 darjah Celsius.

Jabatan Meteorologi India berkata, cuaca panas melampau dijangka kekal sehingga seminggu di Rajasthan, Maharashtra, Madhya Pradesh, Punjab, Haryana dan Uttar Pradesh.

Beberapa kematian akibat strok haba sudah dilaporkan.

Amaran turut dikeluarkan di New Delhi berikutan suhu sudah melepasi 46 darjah Celsius dan penduduk dinasihatkan tidak keluar pada waktu siang.

Beberapa bandar besar bermula dengan Chennai melaporkan kebimbangan masalah bekalan air selepas tasik dan sungai mula kering.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Jun 2019 @ 10:41 AM