MAYAT tiga pendaki profesional terkemuka ditemui, semalam selepas dilaporkan hilang Selasa lalu
MAYAT tiga pendaki profesional terkemuka ditemui, semalam selepas dilaporkan hilang Selasa lalu
AFP

MONTREAL: Mayat tiga pendaki profesional terkemuka ditemui, semalam selepas dilaporkan hilang Selasa lalu ketika cuba menawan puncak gunung di barat Kanada.

Warga Amerika Jess Roskelley, 36, bersama dua warga Austria David Lama, 28, dan Hansjorg Auer, 35, hilang di Taman Negara Banff.

Mereka gagal ditemui selepas runtuhan salji berlaku di puncak gunung itu, lapor AFP

Mangsa yang ditaja jenama peralatan luar The North Face cuba mendaki bahagian timur Howse Pass, laluan amat sukar dan terpencil.

Roskelley anak lelaki John Roskelley yang dianggap pendaki terbaik generasinya.

Anak beranak itu pernah menawan puncak Gunung Everest bersama pada 2003.

Ketika itu, Roskelley berusia 20 tahun dan menjadi pendaki termuda mendaki puncak tertinggi dunia itu.

Sementara Auer dan Lama juga dianggap antara pendaki terbaik di dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 April 2019 @ 11:08 AM