PULUHAN bekas plastik berisi 747 labah-labah yang dirampas. -Foto Tempo
PULUHAN bekas plastik berisi 747 labah-labah yang dirampas. -Foto Tempo
AFP

MANILA: Pihak berkuasa Filipina terkejut menemui ratusan labah-labah besar dalam bungkusan hadiah yang dikirim dan Poland, semalam.

Serangga yang bersesak dalam bekas plastik itu ditemui di pusat memproses surat dan bungkusan dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, Manila.

Kastam membuka bungkusan meragukan itu dan menemui kuih, makanan oat dan serbuk teh namun pemeriksaan lanjut menemui puluhan bekas plastik berisi 747 labah-labah.

Ketua agensi pemantau pergerakan hidupan liar di Kementerian Alam Sekitar Filipina, Arnel Matreo, berkata serangga terbabit yang semuanya bernilai kira-kira AS$5,700 untuk dijual kepada pengumpul sebagai haiwan peliharaan.

Menurutnya, dua individu yang mahu menuntut bungkusan berkenaan ditahan atas tuduhan mengikut akta perlindungan hidupan liar dan kastam.

Rampasan itu dilakukan selepas pihak berkuasa negara itu merampas kira-kira 1,500 kura-kura eksotik yang diikat dengan pita pelekat dalam bagasi penumpang di lapangan terbang itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 April 2019 @ 9:22 PM