YANG Feng Glan (kiri) yang digelar Ratu Gading ketika perbicaraannya di Mahkamah Majistret Kisutu, Dar es Salaam, Tanzania. - Reuters
YANG Feng Glan (kiri) yang digelar Ratu Gading ketika perbicaraannya di Mahkamah Majistret Kisutu, Dar es Salaam, Tanzania. - Reuters
Reuters

DAR ES SALAAM: Ahli perniagaan wanita terkemuka China yang digelar Ratu Gading dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun oleh mahkamah Tanzania semalam, kerana menyeludup 860 gading gajah seberat dua tan bernilai $5.6 juta (RM22.8 juta) ke Asia.

Yang Feng Glan didakwa di mahkamah pada Oktober 2015 bersama dua lelaki Tanzania kerana menyeludup gading terbabit antara 2000 dan 2004.

Menurut polis, Yang, 69, yang tinggal di Tanzania sejak 1970-an, adalah Setiausaha Agung Majlis Perniagaan China-Afrika. Dia turut memiliki restoran makanan China yang popular di Dar es Salaam.

Hakim Mahkamah Majistret Kisutu, Huruma Shaidi, menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun setiap seorang terhadap Yang, Salivius Matembo dan Manase Philemon selepas didapati bersalah mengetuai sindiket jenayah terancang.

Shaidi turut mengarahkan mereka sama ada membayar sekali ganda harga gading terbabit atau menghadapi dua tahun lagi penjara.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Februari 2019 @ 9:34 PM