INSTAGRAM umum turunkan gambar yang dikaitkan dengan perbuatan mencederakan diri.
INSTAGRAM umum turunkan gambar yang dikaitkan dengan perbuatan mencederakan diri.
AFP

SAN FRANCISCO: Instagram semalam mengumumkan akan menurunkan gambar yang dikaitkan dengan perbuatan mencederakan diri seperti mengelar anggota badan sendiri.

Langkah itu diambil selepas Setiausaha Kesihatan British, Matt Hancock bertemu dengan syarikat

media sosial itu untuk meningkatkan kesihatan mental remaja menerusi platform berkenaan.

Remaja perempuan Britain, Molly Russell, 14, ditemui mati di bilik tidurnya pada 2017 dengan mencabut nyawanya sendiri. Dia dilaporkan mengikuti akaun Instagram lain yang berkaitan dengan kemurungan dan bunuh diri.

“Ia adalah keputusan yang baik dengan mengambil langkah tegas bagi melindungi kanak-kanak daripada kandungan merosakkan di Instagram.

“Sudah tiba masanya platform media sosial lain bertanggungjawab ke atas pengguna mereka jika ingin menjadikan Internet sebagai tempat selamat untuk mereka yang masih muda dan terdedah,” kata bapa remaja itu, Ian Russell.

Perubahan kepada peraturan kandungan yang membahayakan diri di Instagram adalah berdasarkan kajian menyeluruh membabitkan pakar dan ahli akademik dari seluruh dunia berkaitan belia, kesihatan mental dan bunuh diri, menurut ketua eksekutif Adam Mosseri.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Februari 2019 @ 3:35 PM