KEJADIAN itu berlaku di sebuah klinik di Ramgarh di daerah  Rajasthan, Jaisalmer. FOTO HIASAN
KEJADIAN itu berlaku di sebuah klinik di Ramgarh di daerah Rajasthan, Jaisalmer. FOTO HIASAN
Agensi

New Delhi: Seorang bayi dilaporkan putus kepala ketika dilahirkan selepas ditarik terlalu kuat seorang jururawat di sebuah hospital kerajaan di India semasa berdepan masalah ketika proses kelahiran.

Ibu bayi itu yang dinamakan media India sebagai 'Dikhsha Kanwar' dilaporkan sedang bertarung nyawa di hospital akibat kejadian berkenaan.

Media India melaporkan, ketika melahirkan anak, seorang jururawat lelaki menarik bayi itu terlalu kuat hingga ia terputus dua.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 6 Januari lalu di sebuah klinik di Ramgarh di daerah Rajasthan, Jaisalmer sebelum wanita berkenaan dirujuk ke Hospital Jawahar untuk rawatan lanjut kerana menghadapi komplikasi kelahiran.

Jururawat berkenaan dan seorang rakannya kemudian membawa badan bayi berkenaan ke rumah mayat tanpa memberitahu sesiapa.

Dr Ravindra Sankhla dari Hospital Jawahar memberitahu Hindustan Times, petugas di klinik memberitahu wanita itu sudah melahirkan anak tetapi uri tertinggal di rahim.

Katanya, dia menyedari sesuai buruk berlaku apabila dia cuba mengeluarkan uri itu dan terus menghantar wanita berkenaan ke Hospital Ummed di Jodhpur untuk pembedahan.

Ketika pembedahan doktor terkejut apabila menemui kepala bayi itu di dalam rahim. Doktor kemudian memaklumkan keadaan itu kepada keluarga wanita itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 January 2019 @ 11:26 PM