MAKLUMAT ketibaan di Lapangan Terbang Gatwick selepas ia dibuka semula bagi penerbangan terhad. FOTO Reuters
MAKLUMAT ketibaan di Lapangan Terbang Gatwick selepas ia dibuka semula bagi penerbangan terhad. FOTO Reuters
AFP

LAPANGAN Terbang Gatwick di London yang lumpuh hampir dua hari susulan berpuluh-puluh dron di kawasan lapangan terbang itu, dibuka semula untuk beberapa pesawat terhad.

“Landasan Gatwick kini dibuka dan terhad untuk beberapa pesawat yang dijadualkan berlepas dan mendarat,” kata pihak lapangan terbang menerusi Twitter.

Sehubungan itu, pihak lapang terbang menasihatkan penumpang memeriksa status penerbangan mereka sebelum pergi ke lapangan terbang.

Terdahulu, Polis Britain mempertimbangkan menembak jatuh dron yang menjadi penyebab gangguan dan kekacauan di lapangan terbang itu.

Polis berkata ia adalah taktik pilihan selepas sebuah dron berukuran luar biasa, terbang lebih 50 kali di ruang udara lapangan terbang itu dalam tempoh 24 jam.

“Kami akan melakukan apa yang perlu untuk memastikan dron itu kelur daripada ruang udara dan menghentikan gangguan agar operasi di Gatwick kembali seperti sedia kala,” kata Ketua Detektif, Pesuruhjaya jason Tingley.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Disember 2018 @ 5:11 PM