KURA-KURA Galapagos mempunyai pelbagai genatik. FOTO/AGENSI
KURA-KURA Galapagos mempunyai pelbagai genatik. FOTO/AGENSI
AFP

QUITO: Kura-kura gergasi Galapagos mempunyai pelbagai genetik yang dikaitkan dengan pemulihan DNA, tindak balas imun dan pembanteras kanser, memberi petunjuk kenapa haiwan itu mempunyai hayat yang panjang, menurut satu kajian.

Kumpulan penyelidik antarabangsa menyusun dua genom kura-kura terbabit, termasuk spesis ‘Lonesome George’ - cabang spesis ‘Geochelone nigra abingdoni’ yang mati dalam jagaan di Pulau Santa Cruz Galapagos pada 2012.

Hasil kajian yang diterbitkan dalam jurnal ‘Nature Ecology & Evolution’ mendedahkan kumpulan penyelidik itu berjaya mengesan pelbagai garis keturunan khusus yang mempengaruhi gen pembaikan DNA, pengantara peradangan dan gen yang berkaitan dengan perkembangan kanser.

Pengarah Taman Negara Galapagos, Jorge Carrion berkata, pendedahan terhadap rahsia umur panjang ‘Lonesome George’ akan membantu usaha untuk memulihkan populasi kura-kura gergasi di kepulauan itu.

Kura-kura gergasi, boleh hidup sehingga 100 tahun dalam jagaan, tiba di kawasan kepulauan gunung berapi Galapagos tiga hingga empat juta tahun lalu.

Adalah dipercayai bahawa arus laut membawa mereka ke sekitar pulau, hingga wujud 15 spesies yang berlainan, manakala tiga daripadanya sudah pupus.

Rantau kepulauan Pasifik bermula dari dataran utama Ecuador terkenal dengan flora dan fauna yang unik dan pernah dikaji Charles Darwin ketika beliau mengembangkan teori evolusinya. Kawasan kepulauan itu masih menjadi habitat 12 spesies kura-kura raksasa itu.

Spesies kura-kura gergasi kedua yang dalam kajian mereka adalah spesies yang terdapat di beberapa pulau di Aldabra Atoll di Seychelles.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Disember 2018 @ 3:04 PM