PENUMPANG mabuk dan bertengkar dalam kereta menjadi punca Grab Singapura menghentikan perkhimatan antara jam 1.00 pagi hingga 5.00 pagi. FOTO/AGENSI
PENUMPANG mabuk dan bertengkar dalam kereta menjadi punca Grab Singapura menghentikan perkhimatan antara jam 1.00 pagi hingga 5.00 pagi. FOTO/AGENSI
Reuters

SINGAPURA: Perkhidmatan Grab akan menghentikan operasinya pada lewat malam di Singapura selepas pemandu merungut mengenai penumpang yang mabuk dan suka bertengkar.

Memetik tindak balas daripada pemandu yang menggambarkan penumpang mabuk muntah dalam kereta mereka atau bertengkar sepanjang perjalanan, syarikat itu akan menghentikan perkhidmatan GrabHitch antara jam 1.00 pagi dan 5.00 pagi bermula bulan depan.

GrabHitch membolehkan pemandu kereta persendirian menawarkan perkhidmatan kepada ramai penumpang yang menuju ke tempat sama dengan satu bayaran.

GrabShare, perkhidmatan perkongsian kereta ditawarkan oleh pemandu komersil Grab, juga digantung operasi pada waktu sama sejak Jun lalu.

Sementara perkhidmatan lain yang ditawarkan syarikat itu masih beroperasi pada waktu berkenaan.’

“Grab mengambil pendekatan proaktif untuk memastikan rakan pemandu dan penumpang mempunyai pengalaman memandu dan menumpang yang selamat dan positif,” kata syarikat berkenaan hari ini.

Firma itu di Asia, berhadapan persoalan mengenai keselamatan selepas kejadian membabitkan pemandu dan penumpang tahun ini.

Firma terbesar di China, Didi Chuxing, melaksanakan langkah keselamatan selepas kemarahan orang ramai berhubung pembunuhan penumpang berusia 20 tahun oleh pemandu Didi Ogos, kejadian kedua sejak Mei lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 September 2018 @ 2:53 PM