Mario Abdo Benitez (kiri) bersama isterinya, Silvana Lopez. FOTO EPA
Mario Abdo Benitez (kiri) bersama isterinya, Silvana Lopez. FOTO EPA
AFP

CALON parti konservatif, Mario Abdo Benitez, 46, berjaya memenangi pilihan raya presiden Paraguay selepas memperoleh 46.49 peratus undi, menewaskan pencabarnya, Efrain Alegre yang hanya meraih 42.72 undi di Asuncion.

“Mario Abdo Benitez adalah Presiden Republik Paraguay,” kata ketua pilihan raya, Jaime Bestard ketika mengumumkan keputusan selepas 96 peratus undian dikira, semalam.

Benitez berjaya menewaskan Alegre, 55, yang juga bekas menteri kerja raya dengan lebih 20 peratus undi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 April 2018 @ 12:45 PM