Bangkai kereta yang musnah di tepi jalan jalan raya yang lengang di Vieira de Leiria, Marinha Grande, tengah Portugal, akibat kebakaran hutan. - Foto EPA
Bangkai kereta yang musnah di tepi jalan jalan raya yang lengang di Vieira de Leiria, Marinha Grande, tengah Portugal, akibat kebakaran hutan. - Foto EPA
AFP

SEKURANG-KURANGNYA 27 terbunuh akibat kebakaran hutan di utara dan tengah Portugal dalam tempoh 24 jam lalu, memaksa Perdana Menteri Antonio Costa mengisytiharkan darurat.

Hampir 6,000 anggota bomba berusaha memadam 30 kebakaran besar yang masih berlaku selepas 524 kebakaran tercetus Ahad lalu.

Kematian 27 mangsa itu disahkan kerajaan, empat bulan selepas 64 terbunuh dan 250 cedera akibat kebakaran hutan Jun lalu.

Dalam kejadian terbaru, 51 cedera dengan 15 daripadanya parah.

Antara kawasan paling teruk terjejas ialah dekat Lousa, di wilayah Coimbra dan Vigo di Galicia memaksa kilang mengeluarkan kereta Peugeot Citroen dikosongkan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Oktober 2017 @ 9:40 PM