Agensi

JAMBATAN Aizhai di wilayah Hunan, China, dianggap jambatan paling indah di dunia dengan pelbagai rekod menakjubkan, termasuk jambatan ‘penyerap hentak’ tertinggi dan terpanjang dunia merentang lembah Dehang.

Jambatan keluli kelabu dan jingga sepanjang 1,176 meter itu menghubungkan dua terowong bandar Chadong dan Jishou, mempunyai jalan raya empat lorong memendekkan masa perjalanan empat jam kepada sejam.

Pembinaan bermula 10 tahun lalu, pada Oktober 2007 dan siap pada hujung 2011 dan dibuka secara rasmi pada Mac 2012 dengan kos AS$610 (2.56 bilion).

Jambatan itu menjadi ikon simbolik kehebatan seni bina dan kejuruteraan China selari dengan pembangunan pesat negara.

Bagi orang ramai yang tidak takutkan ketinggian, boleh menggunakan laluan pejalan kaki bagi menikmati pemandangan indah yang semakin indah pada sebelah malah dengan cahaya lampu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 September 2017 @ 7:09 PM
Jambatan Aizhai di wilayah Hunan, China. - Foto New China TV
Jambatan Aizhai di wilayah Hunan, China. - Foto New China TV