Gambar pasangan anggota polis India ketika mendaki Gunung Everest termasuk gambar yang mereka dakwa di puncak gung itu yang tersebar di internet.
Gambar pasangan anggota polis India ketika mendaki Gunung Everest termasuk gambar yang mereka dakwa di puncak gung itu yang tersebar di internet.
AFP

DUA anggota polis India dipecat selepas didapati memalsukan dakwaan mereka berjaya sampai ke puncak Gunung Everest mankala kerajaan Nepal mengharamkan mereka mendaki gunung tertinggi dunia itu selama 10 tahun.

Dua anggota polis itu yang juga pasangan suami isteri, Dinesh dan Tarakeshwari Rathod dari Pune, India, didapati memberi maklumat palsu kepada media, menipu kerajaan India dan Nepal serta memalsukan gambar menunjukkan mereka di dipuncak Everest.

Persuruhjaya Polis Pune, Sahebrao Patil, berkata hari ini, khidmat dua anggota polis itu ditamatkan Sabtu lalu, selepas siasatan jawatankuasa disiplin mendapati mereka menipu.

Agensi pelancongan kerajaan Nepal memberi sijil kepada pasangan itu selepas mereka mendakwa sampai ke puncak Everest pada 23 Mei, 2016.

Namun, siasatan terhadap mereka dilakukan selepas rakan pendaki meragui dakwaan pasangan itu, termasuk gambar mereka di puncak yang disahkan disunting.

Kes mereka menyebabkan pihak berkuasa Nepal kini mengkaji semua pemberian sijil yang ketika ini mensyaratkan gambar serta pengesahan ketua pasukan pendaki dan pegawai kerajaan di pangkalan gunung.

Jumlah pendaki Everest meningkat sejak 10 tahun lalu berikutan kosnya semakin rendah dan ketika musim mendaki tahun ini, kira-kira 450 pendaki sudah sampai ke puncaknya setinggi 8,848 meter.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Ogos 2017 @ 5:44 PM