AFP

PERDANA MENTERI Iraq, Haider al-Abadi melawat Mosul pada Ahad dan memuji tenteranya atas kemenangan paling besar terhadap Daish.

Menurut Jabatan Perdana Menteri, Abadi melawat Mosul untuk mengucapkan tahniah kepada anggota tenteranya.

Katanya, Abadi bertemu dengan komander di Mosul dan mengeluarkan perintah untuk mempertahankan kemenangan dan menewaskan sisa Daish serta mengekalkan keamanan dan kestabilan di bandar yang baru debebaskan itu.

Bagaimanapun, Abadi kemudiannya menyatakan bahawa dia hanya akan mengisytiharkan kemenangan sepenuhnya selepas rintangan terakhir ditumpas.

HAIDER (tengah) tiba di al-Tayaran, Mosul untuk bertemu dengan komander tentera. FOTO AFP
HAIDER (tengah) tiba di al-Tayaran, Mosul untuk bertemu dengan komander tentera. FOTO AFP

"Kemenangan adalah pasti dan sisa-sisa Daesh kini dikepong. Kami hanya menunggu masa untuk mengumumkan kemenangan besar kepada rakyat kita," katanya.

Abadi berkata, dia menangguhkan pengisytiharan kemenangan sepenuhnya demi menghormati dan menghargai anggota tenteranya yang masih terbabit dalam operasi.

"Hanya tinggal satu atau dua sisa-sisa Daish dan kemenangan dalam tangan," katanya.

Namun, kemengangan itu membawa bencana dengan kebanyakan bandar kedua Iraq itu musnah, ribuan penduduknya terkorban atau cedera dan hampir sejuta orang terpaksa melarikan diri.

Mosul adalah bandar terbesar di Iraq yang ditawan militan Daish yang pernah menguasai sebahagian besar negara itu pada 2014.

ANGGOTA polis Iraq mengibarkan bendera negara ketika meraikan kemenangan di Mosul. FOTO AFP
ANGGOTA polis Iraq mengibarkan bendera negara ketika meraikan kemenangan di Mosul. FOTO AFP

Berita berkaitan:

Daish tewas di Mosul

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Julai 2017 @ 8:48 AM
RAKYAT Iraq meraik kemenangan di Mosul. FOTO Reuters
RAKYAT Iraq meraik kemenangan di Mosul. FOTO Reuters