Buaya yang dirakam sedang membahan mayat juruterbang.
Buaya yang dirakam sedang membahan mayat juruterbang.
Agensi

PASUKAN berita Sky 10 yang membuat liputan pesawat ringan Cessna 152 terhempas di Florida’s Everglades, Amerika Syarikat, terkejut apabila mendapati buaya (aligator di Florida) sedang membaham mayat juruterbang pesawat itu, hari ini.

Menurut laporan The Sun yang memetik WPLG, pasukan berita yang membuat tinjauan dari udara merakam seekor buaya sedang membaham mayat mangsa, empat hari selepas pesawat berkenaan hilang sejak berlepas dari satu lapangan terbang kecil di Miami.

Hanya juruterbang berkenaan dikenali sebagai Mark Ukaere, seorang pelajar penerbangan berada dalam pesawat yang terhempas di kawasan paya.

Pesawat ringan itu didaftarkan atas nama Air Christian Inc di Miami dan mempunyai logo Dean International Flight Training & Aircraft Rentals.

Pihak pengurusan sekolah penerbangan itu menyatakan pesawat terbabit berlepas tanpa kebenaran pada malam Sabtu lalu, sebelum hilang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Julai 2017 @ 6:04 PM