Kereta yang tersangkut di bawah jambatan di daerah Quanzhou, wilayah Guangxi. - Foto REUTERS
Kereta yang tersangkut di bawah jambatan di daerah Quanzhou, wilayah Guangxi. - Foto REUTERS
Keadaan banjir Liuzhou, wilayah Guangxi, China. - Foto REUTERS
Keadaan banjir Liuzhou, wilayah Guangxi, China. - Foto REUTERS
Agensi

SEKURANG-KURANGNYA 56 terbunuh, 22 hilang berikutan hujan lebat di 11 wilayah di China sejak 29 Jun lalu.

Agensi berita Xinhua melaporkan Kementerian Hal Ehwal Awam menyatakan 27,000 rumah runtuh manakala 37,000 lagi rosak akibat banjir dan tanah runtuh di wilayah Zhejiang, Anhui, Jiangxi, Hubei, Hunan, Guangdong, Chongqing, Sichuan, Guizhou, Yunnan dan Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang.

Setakat ini, jumlah kerugian dianggar mencecah 25.27 bilion yuan (US$3.72 bilion).

Menurut kementerian itu, kerajaan mengagihkan bantuan bencana 1.88 bilion yuan (US$276.54 juta) di 20 wilayah.

Kira-kira 3,000 anggota pasukan penyelamat dihantar ke wilayah Hunan, kawasan paling teruk dilanda bencana.

Paras air di stesen pemantauan Changsha di Sungai Xiangjiang, jalinan anak sungai Sungai Yangtze yang paling besar, mencapai rekod tertinggi iaitu 39.51 meter pada Isnin, lebih tinggi berbanding 39.18 meter ketika banjir besar pada 1998.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Julai 2017 @ 8:36 PM