RUANG makan yang ringkas.
RUANG makan yang ringkas.
PEMILIHAN warna lembut membuatkan ruang dapur nampak luas.
PEMILIHAN warna lembut membuatkan ruang dapur nampak luas.
RONA merah jambu dan putih mewujudkan visual lebih luas.
RONA merah jambu dan putih mewujudkan visual lebih luas.
Muhamaad Razis Ismail


WARNA merah jambu sering dikaitkan dengan pakaian dan aksesori yang menjadi pilihan kepada kebanyakan wanita.

Kajian membuktikan penggunaan rona ini dapat membangkitkan sisi feminin seseorang wanita dengan menyerlahkan penampilan lebih lembut dan romantik.

Bagi Sakinah Nazeri, 31, penggunaan warna merah jambu turut menjadi pilihan untuk dekorasi rumahnya di Shah Alam, Selangor.

Ibu kepada empat anak ini bijak memadankan rona merah jambu dengan putih di setiap ruang rumah yang berkeluasan 650 kaki persegi.

Baginya, biarpun tinggal di rumah flat kos rendah, ia bukan halangan untuknya menghias dengan menggabungkan beberapa konsep termasuk gaya Inggeris, moden, scandinavia dan 'shabby'.

Lebih menarik, perabot, peralatan dapur dan perkakasan elektrik termasuk senduk, peti sejuk serta kerusi mengetengahkan warna lembut ini bagi menepati konsep yang diidamkan.

Sakinah berkata, merah jambu dan putih menjadi warna kegemaran sejak kecil.

SAKINAH bersama keluarga.
SAKINAH bersama keluarga.

Katanya, keberanian untuk menjadikan rona ini untuk melatari rumahnya, apabila tertarik melihat contoh kediaman di internet yang menggunakan warna sama.

"Saya tertarik dengan warna lembut ini kerana ia sangat sesuai untuk rumah yang mempunyai ruang yang terhad.

"Gabungan warna merah jambu dan putih mampu mewujudkan visual ruang dalam rumah nampak lebih luas, sekali gus memberi keselesaan.

"Pada masa sama, kelebihan rona ini adalah mampu mempengaruhi mood dengan memberi rasa tenang, ceria dan kasih sayang," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, proses mendekorasi rumahnya dimulakan di ruang yang menjadi tumpuan termasuk ruang tamu, dapur dan bilik.

"Di ruang tamu, saya menggunakan perabot asas sahaja kerana tidak mahu menyempitkan ruang dan anak senang untuk bermain.

DAPUR antara ruang kegemaran Sakinah.
DAPUR antara ruang kegemaran Sakinah.

"Di dapur dan bilik tidur juga saya aplikasikan kaedah yang sama supaya tidak nampak terlalu padat dan sarat. Lebih penting, keselesaan perlu diutamakan.

"Paling nyata, saya akan padankan warna merah jambu dan putih di setiap ruang termasuk melalui perabot, peralatan elektrik dan sebagainya," katanya.

Tambahnya, aplikasi Pinterest menjadi rujukan utamanya dalam menghias rumahnya yang dilakukan sendiri tanpa menggunakan khidmat pereka hiasan dalaman.

"Sebagai suri rumah, saya memanfaatkan masa terluang untuk menghias rumah di setiap ruang.

"Saya bersyukur suami, Kamal Che Deraman, 37, banyak memberi sokongan dan membantu merealisasikan konsep yang diinginkan," katanya.

Sakinah berkata, hampir keseluruhan peralatan elektrik, perabot dan perkakasan dapur berwarna merah jambu dan putih diperoleh daripada portal e-dagang.

BILIK tidur turut dihias dengan merah jambu dan putih.
BILIK tidur turut dihias dengan merah jambu dan putih.

"Sekarang lebih mudah, kerana portal ini menyediakan banyak pilihan barang yang diperlukan selain boleh terus membuat perbandingan harga.

"Pembelian juga dibuat secara berperingkat bergantung kepada bajet supaya tidak terlalu membebankan kerana turut mempunyai keutamaan lain.

"Saya boleh katakan 99 peratus barangan di rumah ini dibeli di internet yang lebih menjimatkan masa, wang dan tenaga," katanya.

Jelasnya, pastinya apabila mengetengahkan sesuatu yang berbeza mendapat maklum balas yang berbeza.

"Bagi yang memberi pandangan negatif, saya abaikan sahaja kerana selagi tidak mengganggu dan menimbulkan masalah, saya tetapkan akan teruskan," katanya.

Katanya, sebagai suri rumah yang berada hampir sepanjang masa di rumah, kediaman yang selesa dan cantik adalah satu terapi yang sangat berkesan.

RUANGAN kafe.
RUANGAN kafe.

"Menghias rumah memberi kepuasan selain mengurangkan stres apabila perlu berdepan pelbagai kerenah anak yang sedang membesar," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 November 2021 @ 6:10 AM