BERMAIN bersama rakan dan adik-beradik hampir sebaya juga akan memberikan kanak-kanak pengalaman baru yang tidak akan mereka dapati dari interaksi bersama orang dewasa.
BERMAIN bersama rakan dan adik-beradik hampir sebaya juga akan memberikan kanak-kanak pengalaman baru yang tidak akan mereka dapati dari interaksi bersama orang dewasa.
Fairul Asmaini Mohd Pilus

BAGI keluarga yang memiliki anak kecil, ruang tamu adalah ruang paling sibuk di dalam kediaman.

Ia bukan sahaja menjadi tempat seisi keluarga beristirahat malah turut menjadi ruang untuk si kecil bermain.

Namun, jika kena dengan sentuhan dan hiasan, ruang tamu juga sebenarnya boleh dijadikan kawasan permainan menarik untuk kanak-kanak.

Salah satu tipnya adalah bentangkan permaidani corak ceria atau kartun kegemaran si kecil di ruang itu.

Selain itu, sediakan juga rak atau bekas simpanan untuk membolehkan si kecil menyimpan barangan permainan mereka.

Ia bukan sahaja dapat melatih si kecil untuk mengemas barangan mereka sendiri malah menjadi ruang tamu tidak bersepah.

Untuk lebih keselesaan, sediakan juga kusyen kecil atau beg kacang ('bean bag') di ruang permainan mereka.

Kanak-kanak sememangnya gemar berimaginasi, jadi dengan adanya kusyen berkenaan, bolehlah mereka berehat seketika sambil mencari idea.

RUANG menjadi tempat seisi keluarga beristirehat dan ruang untuk si kecil bermain.
RUANG menjadi tempat seisi keluarga beristirehat dan ruang untuk si kecil bermain.

Jika ruang mengizinkan, sediakan juga kelengkapan belajar lain seperti meja dan kerusi.

Sementara itu, si kecil pastinya lebih seronok jika ibu bapa menyediakan tempat khas untuk mereka menconteng.

Boleh sahaja guna papan hitam atau kad manila yang dilekatkan pada dinding dan sediakan krayon atau pensel warna yang sesuai.

Ia bukan sahaja dapat menggalakan kreativiti malah mengelakkan dinding rumah dari menjadi tempat contengan 'imaginasi' si kecil tersayang.

Apapun, pola permainan berubah mengikut usia kanak-kanak dan sebagai ibu bapa, anda perlu peka dengan perkembangan berkenaan.

Ketika bermain, kanak-kanak akan menggunakan segala kemahiran yang mereka ada.

Bermain bersama rakan dan adik-beradik hampir sebaya juga akan memberikan kanak-kanak pengalaman baru yang tidak akan mereka dapati dari interaksi bersama orang dewasa.

Pelbagai kemahiran akan diperkayakan antaranya kemahiran sosial, motor kasar, motor halus, kemahiran kognitif, kemahiran berkomunikasi dan banyak lagi bergantung kepada jenis permainan yang disertai.

RUANG khas untuk si kecil menconteng.
RUANG khas untuk si kecil menconteng.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 November 2021 @ 6:30 AM