ABDUL Hadi bersama sebahagian koleksi keladi hiasan terdapat dinurserinya.
ABDUL Hadi bersama sebahagian koleksi keladi hiasan terdapat dinurserinya.
Nurul Husna Mahmud


PERKEMBANGAN terkini mengenai 'trend' pokok hiasan sesuai untuk ditanam sering menjadi kepekaan peminat dunia landskap.

Menurut Pemilik Sohady Nursery, Abdul Hadi Anizam, 30, peminat pokok hiasan kini lebih cenderung memilih jenis berdaun berbanding jenis berbunga bagi menghias ruang laman kediaman masing-masing.

"Saya perhatikan perubahan itu bermula sejakPerintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama, apabila tanaman berdaun seperti lidah jin menjadi kegilaan hingga harganya mencecah ratusan ringgit ketika itu.

"Kemudian sedikit demi sedikit beralih kepada pelbagai jenis pokok hiasan yang boleh ditanam dalam rumah sehinggalah sekarang 'trend' beralih kepada keladi dan monstera," katanya.

Katanya yang juga meminati tanaman berdaun menyifatkan penjagaan pokok terbabit dikatakan lebih mudah dan tahan lasak berbanding tanaman berbunga yang memerlukan penelitian serta kerja pembajaan lebih rumit.

"Kalau daun ini sebenarnya mudah sedikit berbanding bunga. Sebenarnya tumbuhan berbungaperlu ada baja tambahan untuk memastikan ia dapat berbunga dengan cantik dan baik.

"Tapi bagi tanaman hiasan berdaun, baja yang biasa seperti baja tahi ayam sudah memadai.Selain itu, perlu pastikan kerja meracun dilakukan dengan lebih kerap bagi mengelak haiwan perosak.

ABDUL Hadi membelek keladi bagi memeriksa kemungkinan dihinggap serangga perosak.
ABDUL Hadi membelek keladi bagi memeriksa kemungkinan dihinggap serangga perosak.

"Pokok berdaun ini antara ancamannya adalah serangan serangga perosak seperti kumbang dan kutu pokok. Serangan kulat juga antara ancaman penyakit yang boleh menyebabkan tanaman hiasan itu mati," katanya.

Tambah Abdul Hadi lagi, bagi 'pemain' tanaman hiasan itu pulaobses untuk memiliki pelbagaispesiestermasuk keladi dan monstera menyebabkan pelbagai variasi dibawa masuk demi kepuasan mereka.

"Seperti pengumpul koleksi barangan, peminat atau pengumpul tanaman hiasan juga mempunyai kecenderungan memiliki semuavarian atau spesies tanaman yang mereka minati.

"Trend terkini juga, rata-rata mula menanam keladi dan monstera (iaitu tanaman yang mirip dengan keladi). Koleksi atau spesies tanaman itu cuba dikumpul sebanyak mungkin.

"Untuk keladi sahaja umpamanya, ada keladi black forest, black magicdan terbaru paling mendapat sambutan hangat ialah keladi cat tumpah.

ANTARA tanaman hiasan berdaun yang mendapat permintaan.
ANTARA tanaman hiasan berdaun yang mendapat permintaan.

"Ia juga berbeza mengikut asal pokok itu iaitu dari Thailand, Indonesia dan Sabah yang mempunyai ciri-ciri tersendiri," katanya.

Abdul Hadi berkata, antara kepuasan lain bagi peminat koleksi ini ialah apabila tanaman hiasan keladi mereka membesar dengan subur.

"Semaian keladi ini selalunya menggunakan ubi. Selagi ada ubi, keladi mudah dibiak. Cumanya penjagaan keladi ini sedikit remeh berbanding tanaman daun lain kerana penjagaan perlu diteliti terutama bahagian daun dan ubinya.

TANAMAN berdaun lebih mudah ditanam dan dijaga.
TANAMAN berdaun lebih mudah ditanam dan dijaga.

"Bagi saya yang sudah 'masak' dengan ragam dan penyakit tanaman ini lebih mudah untuk kendalikan terutama membabitkan serangga perosaknya," katanya.

Rutin penjagaan lain yang sering diamalkan Abdul Hadi termasuklah membuang daun yang sudah layu atau rosak bagi membolehkan daun baru tumbuh semula.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 September 2021 @ 6:11 AM