PADANAN perabot ringkas di ruang tamu.
PADANAN perabot ringkas di ruang tamu.
Hafiz Ithnin
hafizithnin@mediaprima.com.my


PENYEWA penuh inspirasi!Itu yang penulis dapat gambarkan berkenaankeluarga kecil yang menyewa kediaman tiga bilik ini sejak setahun lalu.

Mana tidaknya, si penyewa begitu bijak menyuai padan hiasan dalaman bagi menonjolkan suasana yang mereka inginkan.

Sebenarnya pertemuan penulis suri kediaman itu hanyalah menerusi laman sosial apabila dia berkongsikan foto hiasan dalaman kediamannya yang ternyata mendapat perkongsian yang tinggi dan pujian daripada natizen.

Norhidayu Razali berkata, dia menyewa kediaman teres setingkat itu sejak sejak tahun lalu dan menariknya pemilik rumah sudah membaik pulih serta mengecat keseluruhan kediaman.

Jelasnya, melihat kepada keadaan rumah itu seperti kediaman baharu, dia sebagai pengurus acara perkahwinan sudah mengatur idea untuk memberi nafas lebih segar.

"Rumah ini sebenarnya agak kecil iaitu sekitar 293 meter (960 kaki persegi) sahaja. Jadi, tuan rumah sudah mengecat kediaman ini dengan warna putih dan kuning lembut bagi menampakkannya lebih luas.

"Jadi saya perlu bijak menyusun perabot, aksesori dan warna supaya ruang itu tidak kelihatan sempit dengan merujuk kepada media sosial untuk mendapatkan idea," katanya.

Norhidayu berkata, konsep ringkas menjadi pilihan kerana baginya keadaan rumah yang ringkas dapat memberi ketenangan.

Katanya, perkara itu amat penting kerana ketika ini dia, suami dan anak lebih banyak mempunyai masa di kediaman.

KERTAS dinding menggantikan jubin pada dinding dapur.
KERTAS dinding menggantikan jubin pada dinding dapur.

"Jika dahulu saya mempunyai butik, jika inginkan ketenangan saya akan pastikan keadaan butik dalam keadaan baik. Namun, selepas menjualnya saya memastikan kediaman perlu dalam keadaan tenang.

"Tambahan, apabila bekerja dari rumah ini, suasana kediaman terutama susun atur dan warna di dalam rumah amat penting untuk saya serta suami selesa ketika bekerja," katanya.

Katanya, dia juga tidak berbelanja besar untuk membeli perabot di dalam kediaman sewanya kerana perkara paling penting ialah bijak menyuai padan.

"Ramai yang rakan-rakan yang terkejut apabila saya katakan kos membeli keseluruhan perabot di dalam rumah ini termasuk di dalam bilik tidak sampai RM5,000.

KEMAS susunan barangan di dapur.
KEMAS susunan barangan di dapur.

"Saya banyak membeli perabot dan aksesori dari kedai yang tidak ternama dan secara dalam talian tetapi tetap berkualiti serta menarik," katanya.

Jelasnya, dia memilih perabot dan aksesori berona alam semula jadi iaitu menggabungkan warna coklat, kelabu dan hijau.

Katanya, rona berkenaan dipilih kerana ia lebih tampak serasi dengan keadaan kediaman yang tidak terlalu besar dan mampu memberi kesegaran.

Tambahnya, di dapur pula dia hanya menggunakan meja banquet yang ditutup dengan kain secara kemas bagi menjadi fungsi sebagai kabinet.

DEKORASI di dalam bilik yang ringkas dan kemas.
DEKORASI di dalam bilik yang ringkas dan kemas.

"Apabila tetamu menjengah ke dapur, ada yang menyangkakan ruang ini dilengkapi dengan kabinet kerana menyangkakan kertas dinding itu adalah jubin yang biasanya digunakan untuk dinding kabinet.

"Kunci sebenarnya ialah kita bukan sahaja perlu bijak menyuai padan tetapi keadaan di sesuatu ruang itu perlu nampak kemas dan teratur," katanya.

Ditanya mengenai reaksi tuan rumah selepas dia mendekorasi kediaman berkenaan, katanya, pemilik rumah terkejut.

GABUNGAN rona yang serasi.
GABUNGAN rona yang serasi.

"Sampai dia katakan kepada saya dan suami, terpulang untuk mencantikkan kediaman ini. Sehinggakan di luar rumah juga saya ubah suai dengan meletakkan batu-batu putih dan rumput tiruan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 September 2021 @ 7:00 AM