BERANDA juga antara titik tumpuan dekorasi kediaman.
BERANDA juga antara titik tumpuan dekorasi kediaman.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


DALAM keterujaan menyerlahkan dekorasi kediaman, ramai yang terlupa untuk mencantikkan dinding beranda di luar rumah.

Biasanya, dinding beranda hanya dibiarkan kosong tanpa sebarang dekorasi dan jika ada pun, hanyalah sepasu dua pokok bunga sebagai penyeri.

Beranda sebenarnya mempunyai fungsi tersendiri kepada kediaman dan tidak keterlaluan jika ia turut dianggap sebagai antara titik penyeri dekorasi.

Bagi Ahmad Baki Yahaya atau mesra dengan panggilan Cikgu Ahmad, dia berjaya mentransformasi beranda rumahnya kepada dekorasi ala 'faux brick wall' yang tampak moden dan mewah dengan kos hanya sekitar RM70 lebih sahaja.

Ini kerana, dia hanya menggunakan bahan seperti pita pelekat dan cat gabungan warna yang diperlukan.

Kata Cikgu Ahmad, caranya mudah iaitu pertama sekali siapkan ukuran bentuk bata pada dinding menggunakan keratan kotak.

"Kemudian, bentukkan garisan melintang pada dinding itu menggunakan pita pelekat dan diikuti garisan menegak.

"Pastikan pita melekat elok pada dinding kerana jika tidak, ia akan menjejaskan proses mengecat.

"Selepas itu, barulah kerja mengecat dimulakan," katanya.

Menurut Cikgu Ahmad lagi, dia menggabungkan dua warna iaitu putih dan kelabu untuk menghiasi beranda rumahnya.

Kata Cikgu Ahmad, cat boleh dicampurkan ke dalam dulang sebelum kerja mengecat dilakukan.

Menurutnya, teknik mengecatnya juga tidak begitu susah iaitu hanya menggunakan teknik tekapan dan bukannya sapuan biasa.

"Bagi menyerlahkan lagi tona yang berbeza, pilihlah lokasi kotak mana yang diinginkan untuk rona gelap dan rona cerah.

"Apabila semua cat kering sepenuhnya, barulah pita pelekat itu boleh ditanggalkan dan hasilnya memang tidak mengecewakan, " katanya.

Bagi yang ingin mencuba dekorasi 'ala faux brick wall,' berikut adalah antara langkah-langkahnya.

SIAPKAN ukuran bentuk bata (contohnya 19 x 4 inci) pada dinding menggunakan keratan kotak.
SIAPKAN ukuran bentuk bata (contohnya 19 x 4 inci) pada dinding menggunakan keratan kotak.

BENTUKKAN garisan melintang pada dinding itu menggunakan pita pelekat dan diikuti garisan menegak.
BENTUKKAN garisan melintang pada dinding itu menggunakan pita pelekat dan diikuti garisan menegak.

PASTIKAN pita pelekat melekat elok pada dinding kerana jika tidak, ia akan menjejaskan proses mengecat.
PASTIKAN pita pelekat melekat elok pada dinding kerana jika tidak, ia akan menjejaskan proses mengecat.

MULAKAN kerja mengecat di keseluruhan dinding.
MULAKAN kerja mengecat di keseluruhan dinding.

CARA mengecatnya juga tidak begitu susah iaitu hanya menggunakan teknik tekapan dan bukannya sapuan biasa.
CARA mengecatnya juga tidak begitu susah iaitu hanya menggunakan teknik tekapan dan bukannya sapuan biasa.

PILIH lokasi kotak mana yang dimahukan untuk rona gelap dan rona cerah bagi menyerlahkan warna berbeza.
PILIH lokasi kotak mana yang dimahukan untuk rona gelap dan rona cerah bagi menyerlahkan warna berbeza.

SELEPAS semua cat kering sepenuhnya, barulah pita pelekat itu boleh ditanggalkan.
SELEPAS semua cat kering sepenuhnya, barulah pita pelekat itu boleh ditanggalkan.

KEADAAN sebelum dan selepas beranda yang dihiasi dengan dekorasi ‘faux brick wall.’
KEADAAN sebelum dan selepas beranda yang dihiasi dengan dekorasi ‘faux brick wall.’

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Jun 2021 @ 6:50 AM