RAK terbuka menjadi pilihan.
RAK terbuka menjadi pilihan.
DAPUR berkonsepkan industri.
DAPUR berkonsepkan industri.
Hafiz Ithnin


BERKELUASAN 800 kaki persegi, mempunyai tiga bilik air dan dua bilik tidur, tidak menghalang pasangan suami isteri ini untuk mnzahirkan dekorasi kediaman yang diinginkan.

Menariknya, sebelum berkahwin lagi, Nik Nurfaqih Nik Wil dan isterinya, Karina Imran mengimpikan sebuah kediaman yang mempunyai dapur berkonsepkan industri.

Nurfaqih berkata, saiz kediaman mereka yang tidak begitu besar terutama di bahagian dapur memerlukan dia dan isteri mengatur strategi bagi menjadikan impian itu menjadi kenyataan.

Jelasnya, jika melihat kepada saiz dapur sebelum kerja pengubahsuaian, dirasakan tidak sesuai untuk mempunyai kabinet dapur berkonsepkan pulau atau 'table island.'

"Bagi saya tiada perkara yang mustahil jika kita bijak untuk mengaturnya. Perkara utama ialah memastikan setiap ukurannya tepat untuk meletakkan barangan selain tidak membataskan laluan pergerakan.

"Memang banyak perkara perlu diambil kira ntuk memastikannya mampu terlaksana tetapi saya banyak merujuk kepada bacaan di media sosial untuk dijadikan rujukan sebelum memaklumkan kepada pihak kontraktor," katanya.

RUANG tamu berona putih untuk tampak lebih luas.
RUANG tamu berona putih untuk tampak lebih luas.

Nurfakih berkata, dia begitu tertarik dengan dapur berkonsepkan industri kerana mempunyai aura ketenangan seperti berada di sebuah kafe.

"Sebelum kahwin lagi, saya dan isteri memang gemar mengunjungi pelbagai kafe kopi di ibu negara. Jadi, kami gemar menikmati gaya ringkas di ruang dalamannya.

"Jika melihat kepada konsep industri, ia menggabungkan elemen simen dan besi. Malah, pokok hidup juga adalah kombinasi yang serasi dengan kedua-dua elemen itu," katanya.

Katanya, kabinet dapur berkonsepkan pulau, dinding dan lantai dihiasi dengan konsep simen. Manakala, kabinet terbukanya adalah besi yang berona hitam.

KERJA-KERJA mengubah suai dapur dijalankan.
KERJA-KERJA mengubah suai dapur dijalankan.

Menariknya, kabinet terbuka besi berkenaan turut berada di atas kabinet dapur berkonsepkan pulau yang menjadi tempat isterinya meletakkan pokok jenis berdaun.

Jelasnya, pemilihan kabinet terbuka besi itu dirasakan serasi dengan kehendak dia dan isteri kerana mudah untuk menguruskan barangan yang disimpan di dalamnya.

Melihat kepada ruang tamunya pula, terdapat dinding hiasan bata merah yang menjadi titik fokal di ruang berkenaan.

Katanya, dinding hiasan bata merah itu yang terletak berhampiran dengan dapur terbuka dilihat menjadi kesinambungan sebelum berubah kepada konsep yang lebih santai kerana ruang tamu itu turut menjadi tempat keluarganya bersantai. Ia turut diserikan dengan tona serba putih.

MEMASTIKAN terdapat kesinambungan konsep dalam renovasi.
MEMASTIKAN terdapat kesinambungan konsep dalam renovasi.

Jelasnya, dia dan isteri senada untuk memilih tona putih kerana ia dapat menjadikan ruang itu kelihatan besar dan mudah menyuai padankan pelbagai warna perabot yang lain.

"Jika melihat kepada dapur, kami sudah menjadikannya seratus peratus berkonsepkan industri termasuk hiasan lantai dan dinding. Jadi, perlu ada kesinambungan yang baik untuk mengubahnya kepada konsep lain di ruang tamu.

"Penataan hiasan dinding bata merah itu sebelum ke warna putih dinding yang menjadi tema utama di ruang tamu dilihat tidak janggal pada kami," katanya.

Nurfaqih berkata, selain menggunakan khidmat kontraktor dia dan suami turut melakukan sendiri kerja-kerja dekorasi kediamannya itu.

NIK memilih kayu berkuliti dijadikan bar bersantai.
NIK memilih kayu berkuliti dijadikan bar bersantai.

"Memandangkan ketika kami sudah mendapat kunci, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilkasanakan menyebabkan masa untuk kerja pengubahsuaian sedikit terganggu.

"Jadi saya mengambil keputusan untuk sama-sama melakukan sendiri dan secara tidak langsung dapat menjimatkan kos. Secara umumnya, mungkin kami menghabiskan sekitar RM15,000 untuk kerja-kerja pengubahsuian keseluruhan kediaman," katanya.

TUMBUHAN hijau serasi dengan konsep kediaman.
TUMBUHAN hijau serasi dengan konsep kediaman.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Jun 2021 @ 6:50 AM