ASRI berpendapat dekorasi pintu penting dalam memberi pandangan pertama mengenai gaya hiasan kediaman.
ASRI berpendapat dekorasi pintu penting dalam memberi pandangan pertama mengenai gaya hiasan kediaman.
Nurul Husna Mahmud


Dalam menata ruang kediaman, selalunya pemilik lebih fokus kepada rekaan perabot selain lampu dan kipas.

Sedangkan rekaan pintu juga perlu dipertimbangkan terutama anda yang mahu mengubah suai dekorasi supaya tampil baharu.

Terdapat pelbagai pilihan rekaan pintu dalam pasaran termasuk variasi material sehingga cara menghiasnya. Ia boleh diubah berpandukan bajet mahupun kreativiti.

Menurut perunding hiasan dalaman Asri Meris, 36, gaya atau 'look' pada pintu sangat penting bagi memberi gambaran tema atau motif hiasan di bahagian dalam rumah.

"Bahagian pintu adalah paling penting untuk bagi 'wow' pada gambaran awal apabila tetamu datang.

"Orang kata dekorasi depan pintu rumah menggambarkan personaliti tuan rumah. Tapi ramai yang terlepas pandang bahagian ini," katanya.

Tambahnya lagi kaedah hiasan pintu boleh dipelbagaikan mengikut tema, jenis hiasan dan paling penting bajet.

"Sebenarnya rekaan pintu tidak rumit dan boleh menggunakan pelbagai material mengikut kesesuaian.

"Bagi yang kurang arif, boleh dapatkan rundingan bagi mendapat efek 'wow' selain mengelak pembaziran," katanya.

Berikut antara cara boleh gunakan untuk dekorasi pintu anda.

1. Cat

Ini antara pilihan yang mudah dan murah berbanding menggantikan satu pintu ditempah khas.

Bagi pintu utama sebaiknya guna cat minyak bagi mengelak masalah luntur disebabkan air hujan dan sebagainya.

KERTAS dinding pemyelesaian mudah.
KERTAS dinding pemyelesaian mudah.

2. Kertas dinding

Ia penyelesaian terpantas bagi pintu yang ada masalah permukaan bercalar, 'sopek' atau rosak.

Cuma bagi menggunakan kertas dinding perlu teliti ketika membuat tampalan supaya corak atau motif tidak lari.

3. Kaca atau cermin

Sekarang terdapat kaca hiasan khusus bagi menghias pintu mengikut motif diidamkan.

Jika anda seorang yang kreatif, mungkin boleh hasilkan rekaan tersendiri menggunakan material sama.

4. Fabrik

Peminat gaya boho atau timur tengah, penggunaan kain dilihat sebagai nilai tambah dalam menghias pintu rumah.

Tidak semua material kain sesuai untuk dijadikan hiasan pada pintu. Dapatkan contoh atau rujuk pada yang pakar terlebih dahulu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 April 2021 @ 6:50 AM