SUSUNAN perabot dapat mewujudkan garisan.
SUSUNAN perabot dapat mewujudkan garisan.
Muhamaad Razis Ismail

GARIS panduan antara aspek yang perlu ditekankan untuk mencantikkan ruang dalam rumah.

Pereka bentuk dalaman, Noordiyana Farihah Mohamad Helmi berkata, garisan mendatar, menegak dan dinamik dapat membantu mereka sesebuah bilik dan memberi fokus dari segi visual.

Katanya, garisan boleh dihasilkan dengan menggunakan perabot dan reka bentuk struktur bilik dapat membentuk keharmonian, kesatuan serta kontras.

"Garisan mendatar selalunya memberikan kesan harmoni yang stabil, damai dan memberikan sesebuah bilik menjadi lebih luas serta panjang.

GARISAN dinamik boleh dibentuk pada tangga jenis melingkar.
GARISAN dinamik boleh dibentuk pada tangga jenis melingkar.

"Contohnya, menggunakan kertas dinding yang garisan mendatar dan berbelang boleh menjadi bilik kelihatan luas," katanya.

Menurutnya, garisan atau struktur menegak menampakkan ruang lebih tinggi dan luas.

"Penggunaan garisan menegak lebih sesuai digunakan di ruang meja makan dan ruang tamu.

"Penggunaan langsir yang panjang, almari yang tinggi, atau bingkai gambar yang menegak umpamanya boleh menampakkan sesebuah ruang lebih tinggi dan stabil," katanya.

Katanya, garisan dinamik seperti pepenjuru, zigzag atau melengkung boleh didapati pada reka bentuk tangga misalnya, merangsang mata dan menarik perhatian lebih lama.

"Penggunaan garisan dinamik yang betul boleh menghidupkan suasana sesebuah ruang seperti tangga melingkar, kertas dinding atau cat berbentuk pepenjuru serta almari buku yang berbentuk zigzag," katanya.

KERTAS dinding mendatar untuk ruang lebih luas dan panjang.
KERTAS dinding mendatar untuk ruang lebih luas dan panjang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Februari 2021 @ 6:30 AM