KEDUDUKAN tingkap dan pintu di tempat yang betul untuk pencahayaan semula jadi.
KEDUDUKAN tingkap dan pintu di tempat yang betul untuk pencahayaan semula jadi.
Muhamaad Razis Ismail

Pencahayaan semula jadi adalah salah satu aspek yang perlu diambil berat untuk penataan ruang kediaman.

Ia bukan sahaja dapat memberi keselesaan kepada penghuninya malah membantu menjimatkan penggunaan elektrik dan menampakkan sesuatu ruang lebih menarik serta luas.

Pereka bentuk dalaman, Noordiyana Farihah Mohamad Helmi berkata, ketika mempertimbangkan penggunaan cahaya di sesebuah ruang, diharuskan untuk memastikan tujuan penggunaan ruangan terbabit.

"Di pejabat umpamanya memerlukan cahaya yang terang supaya pekerja dapat melihat dengan jelas dan sentiasa segar.

"Untuk ruang tamu pula, boleh diterapkan dengan cahaya yang lembut. Anda boleh menggunakan pemalap cahaya supaya ruangan itu kelihatan lebih menarik," katanya.

Menurutnya, pencahayaan semula jadi perlu dipertimbangkan supaya pintu, tingkap dan cermin dapat diletakkan di tempat yang sesuai.

PENCAHAYAAN semula jadi dapat beri kesegaran dan menjimatkan elektrik.
PENCAHAYAAN semula jadi dapat beri kesegaran dan menjimatkan elektrik.

"Kesilapan boleh mengakibatkan keadaan rumah menjadi gelap sehingga penghuni perlu membuka lampu pada sebelah siang sekali gus menyebabkan pembaziran elektrik.

"Oleh itu, adalah penting sebelum membina rumah, perlu merancang kedudukan pintu, tingkap dan cermin supaya cahaya semula jadi dapat 'menerangi' pada waktu siang," katanya.

Jelasnya penggunaan lampu chandelier bukan hanya sesuai digunakan di ruang yang terbuka dan luas, malah pintu masuk serta bilik.

NOORDIYANA
NOORDIYANA

"Ia mempunyai 'sense of centrality' dan memberikan cahaya yang sangat bagus untuk sesebuah bilik itu.

"Lampu dinding pula boleh memanjangkan saiz secara visual untuk laluan di dalam rumah serta memberikan cahaya kepada ruangan itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Oktober 2020 @ 6:37 AM