FELLA Urban menawarkan pelbagai rekaan perabot kediaman terkini kepada orang ramai.
FELLA Urban menawarkan pelbagai rekaan perabot kediaman terkini kepada orang ramai.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


INDUSTRI perabot di negara ini semakin rancak dan berkembang pesat selari peredaran zaman serta cita rasa masyarakat kita.

Bagaikan cendawan tumbuh lepas hujan, banyak jenama perabot baharu tampil di pasaran dan masing-masing menawarkan rekaan terkini bagi menarik perhatian orang ramai.

Begitupun, bagi penggemar perabot berkualiti, nama Fella Design sudah tidak perlu diperkenalkan lagi.

Berbekalkan pengalaman lebih 30 tahun dalam industri, jenama Fella Design sememangnya dikenali di negara ini kerana rekaan sofanya kukuh dan berkualiti.

REKAAN set sofa moden dan kontemporari yang dapat memenuhi cita rasa golongan muda.
REKAAN set sofa moden dan kontemporari yang dapat memenuhi cita rasa golongan muda.

Justeru, bertepatan dengan ulang tahun ke-20 jenama 'adiknya', Fella Design tampil berani dengan menjenamakan semula Urban Culture kepada Fella Urban, khas untuk memenuhi cita rasa golongan muda.

Menerusi Fella Urban, pelbagai rekaan perabot terkini dan kontemporari ditawarkan kepada orang ramai.

Empat pilihan konsep menarik iaitu Scandinavia, Contemp Chic, Wood and Steel serta Ethnic boleh menjadi pilihan.

Nicole Chen
Nicole Chen

Pengurus Jenamanya, Nicole Chen berkata, kemajuan industri perabot yang berkembang pesat dengan permintaan terhadap pasaran itu juga semakin dibanjiri golongan muda.

"Fella Urban adalah jawapan kepada permintaan terhadap reka bentuk lebih muda, segar, terang dan bertenaga untuk pembeli hari ini.

"Idea utama kami bukanlah untuk menjual perabot hebat semata-mata sebaliknya membantu pelanggan mengenal pasti rekaan bersesuaian dengan pilihan yang ada.

KOLEKSI Fella Urban disasarkan khusus kepada pemilik kediaman kecil dan yang baharu berkeluarga.
KOLEKSI Fella Urban disasarkan khusus kepada pemilik kediaman kecil dan yang baharu berkeluarga.

"Ia juga seiring dengan matlamat utama kami iaitu untuk berkongsi kecintaan dan minat terhadap inovasi rekaan perabot dengan orang ramai," katanya.

MEJA makan yang moden untuk orang muda.
MEJA makan yang moden untuk orang muda.

Disasarkan khusus kepada pemilik kediaman kecil dan yang baharu berkeluarga, Fella Urban dilancarkan secara rasmi pada 7 September lalu di ibu pejabat Fella Design.

Ia juga akan boleh ditemui pelanggan di cawangan Fella Design Bukit Subang dan Ampang dengan pelbagai promosi jualan pembukaan menarik.

KERUSI menarik penyeri kediaman.
KERUSI menarik penyeri kediaman.

Jadi, jika masih tercari-cari gaya hiasan dalaman untuk kediaman baharu anda, apa kata singgah di cawangan Fella Design yang dinyatakan untuk mendapatkan pelbagai rekaan perabot moden dan terkini. Maklumat lanjut, layari www.fella.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 September 2020 @ 7:00 AM