BUKAN dinding kekal membantu pendandan memantau pelanggan menunggu.
BUKAN dinding kekal membantu pendandan memantau pelanggan menunggu.
Nurul Husna Mahmud

DALAM mendepani penularan pandemik Covid-19, masyarakat dunia mula mengubah rutin dan gaya hidup masing-masing dalam memastikan rantaiannya dapat diputuskan.

Senario itu yang dinamakan normal baharu turut mempengaruhi perkembangan dekorasi dalaman apabila pemilik perniagaan mula melakukan perubahan kecil dalam ruang premis masing-masing bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengunjung mereka.

Ini termasuk salun rambut Hawthorne Studio di New York apabila menggunakan khidmat studio rekaan dalaman BoND dalam menata rias ruang premis mereka supaya mematuhi jarak sosial.

Salun berkenaan menggunakan elemen seperti bingkai kayu, stesen dandanan bergerak dan tanaman sebagai perincian dalam ruang tertentu mendorong orang ramai mematuhi jarak sosial.

Dua arkitek BoND, Noam Dvir dan Daniel Rauchwerger mula melakukan kerja pengubahsuaian salun terbabit sejak Januari lalu selain mula merancang konsep rekaan dalaman yang mematuhi penjarakan sosial dengan kerjasama pengasas salun berkenaan, Garrett Bryant.

Menurut Rauchwerger, idea tercetus berdasarkan pemerhatian daripada usaha pelbagai pihak mendorong jarak sosial dalam usaha mengekang penularan Covid-19.

POKOK hijau menjadi pemisah antara ruang rundingan dengan tempat mencuci rambut.
POKOK hijau menjadi pemisah antara ruang rundingan dengan tempat mencuci rambut.

RUANG legar untuk saringan suhu.
RUANG legar untuk saringan suhu.

"Idea adalah mengembangkan jarak selamat iaitu dua meter antara pelanggan. Itu dapat kami lihat sendiri apabila usaha pemilik perniagaan melakukan inisiatif memasang pelekat lantai dan tali berhasil mengawal jumlah dan aliran orang ramai dengan lebih baik.

"Pendekatan kami ialah memperkenalkan 'intervensi' ringan seperti bingkai kayu, tanaman atau lampu sebagai menandai kawasan supaya pengunjung lebih selesa mematuhi peraturan jarak sosial," katanya.

Lokasi salun itu yang terletak di bahagian loteng bangunan menjadi tumpuan di kejiranan sibuk di Manhattan, Chelsea mempunyai hiasan dalaman lebih terbuka berlatarkan warna putih pada sebahagian besar ruang iaitu di dinding dan siling selain kemasan lantai kayu berwarna gelap.

Bingkai kayu dengan rekaan sederhana menjadi pemisah ruang dan rujukan pelanggan supaya menjaga jarak selamat.

MEJA rundingan di sudut berasingan.
MEJA rundingan di sudut berasingan.

Ia bermula dengan ruang legar di mana peralatan dan suhu pelindung diri mereka diperiksa dengan bilik mandi bersebelahan untuk mencuci tangan.

Stesen atau ruang seterusnya adalah tempat rehat di mana setiap pelanggan dibenarkan menunggu pada satu masa.

Ideanya adalah untuk membolehkan pendandan rambut memantau orang yang keluar dan masuk dari ruang tanpa membina halangan seperti dinding.

Dapat dilihat kreativiti pereka mewujudkan jarak selamat apabila susunan dan penggunaan perabot bersesuaian iaitu cermin melengkung dalam bingkai gangsa yang dipasang di batu marmar.

RUANG dandanan yang mengamalkan konsep penjarakkan sosial.
RUANG dandanan yang mengamalkan konsep penjarakkan sosial.

Melengkapkan lagi gaya itu ialah kerusi dandanan sepadan dengan cermin apabila boleh dipindahkan ke jarak enam kaki dan diubah kedudukannya bergantung kepada jumlah janji temu diterima salun berkenaan.

Ciri-ciri jarak sosial yang lain merangkumi pasu besar dengan pokok hiasan seperti Ficus dan Monsteras dari pasar bunga berdekatan.

Tumbuhan biasan bersama pasu diatur untuk memisahkan salun utama dari kawasan mencuci rambut.

Meningkatkan lagi rona kehijauan pada salun terbabit ialah rekaan mural oleh BoND dengan melukis atas karya potongan kertas berwarna-warni dari artis Perancis Henry Matisse.

BINGKAI kayu dibina menjadi sempadan antara ruang menunggu dan ruang utama.
BINGKAI kayu dibina menjadi sempadan antara ruang menunggu dan ruang utama.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Ogos 2020 @ 6:30 AM