THE Parchment Work menzahirkan keunikan seni bina lama dan baru. FOTO Sumber Google
THE Parchment Work menzahirkan keunikan seni bina lama dan baru. FOTO Sumber Google
Hafiz Ithnin


BANGUNAN yang runtuh berabad lamanya pasti menjadi satu tinggalan sejarah penting kerana di dalamnya mempunyai kisah tersendiri.

Apatah lagi seni bina lama itu sudah tidak lagi diulang dari segi konsep pembangunannya pada era masa kini.

Melihat kepada kepentingan sejarah pembinaan, sebuah kilang pengeluaran kertas

pacmen iaitu kertas bermutu tinggi yang diperbuat daripada kain dan suban supaya menyerupai lembaran seperti kulit haiwan di England pada abad ke-17 mendapat sentuhan arkitek profesional bagi membangunkan sebuah rumah di dalamnya.

Menariknya, kilang berkenaan yang runtuh berabad lamanya ‘dimajukan’ semula oleh sebuah firma arkitek di United Kingdom, Will Gamble Architects untuk diubah sebagai fungsi sebuah rumah moden.

Runtuhan yang dilihat begitu penting dalam sejarah masyarakat setempat itu memandangkan ia adalah kilang kertas

pacmen yang digunakan golongan diraja, firma arkitek berkenaan amat berhati-hati supaya tidak merosakkan elemen tinggalan bangunan berkenaan dan memastikan ia tetap utuh.

Projek itu yang dikenali sebagai The Parchment Works yang pada awalnya pelanggan firma berkenaan ingin menjadikan runtuhan kilang berkenaan sebagai sambungan kepada rumah mereka sahaja.

RUNTUHAN di luar rumah menjadi elemen unik ketika berada di dapur. FOTO Sumber Google
RUNTUHAN di luar rumah menjadi elemen unik ketika berada di dapur. FOTO Sumber Google

Memetik temu bual firma itu bersama Dezeen.com, mereka menyarankan pelanggan untuk mewujudkan rumah dalam kilang berkenaan dan melakukan kerja pemuliharaan runtuhan bangunan terbabit.

Firma itu berkata, runtuhan kilang berkenaan mempunyai sejarah tersendiri yang menjadi saksi kepada kemajuan era pada masa kini. Jika tinggalan runtuhan itu dibiarkan ia akan terus rosak dan lenyap.

“Jadi kami wujudkan sebuah rumah baru di dalamnnya tanpa merosakkan elemen pembangunan lama seperti kayu pancang yang menjadi nadi penting dalam struktur kilang berkenaan.

“Selain itu, tembok runtuhan menjadi lapisan kedua iaitu di luar rumah baru yang bukan sahaja tampak unik, malah mempunyai fungsi tersendiri,” katanya.

Melihat kepada paparan foto yang dimuat naik portal berkisar hiasan dalam itu, The Parchment Works

menggunakan elemen pembangunan projek sebuah kilang lama bagi rumah baharu itu yang lebih kepada unsur bata, besi dan pancang kayu bersaiz besar.

Meskipun ‘diselubungi’ sentuhan arkitek lama, seni bina dalamannya mengambil konsep kontemporari terutama di bahagian dapur yang dilihat ada kabinet perabot tambahan moden di dalamannya.

SUSUNAN kayu di siling kelihatan harmoni dengan reka bentuk kontemporari di dapur. FOTO Sumber Google
SUSUNAN kayu di siling kelihatan harmoni dengan reka bentuk kontemporari di dapur. FOTO Sumber Google

ARKITEK menggunakan konsep tingkap besar polos bagi memudahkan kemasukkan cahaya ke dalam kediaman. FOTO Sumber Google
ARKITEK menggunakan konsep tingkap besar polos bagi memudahkan kemasukkan cahaya ke dalam kediaman. FOTO Sumber Google

Uniknya di bahagian itu, firma arkitek berkenaan memadankan elemen pancang kayu dan siling mempunyai susunan kayu bertona coklat terang yang tampak unik serta klasik meskipun fungsi dapur baharu itu adalah moden.

Selain itu, elemen seni kayu bertona terang yang disusun pada siling tidak sekadar berada di dapur, malah arkitek turut menggunakan konsep sama di bahagian ruang lain.

Hiasan dalamannya juga tidak begitu sarat dengan perabot berskala besar dan ia turut mementingkan elemen lestari dalam pencahayaan dalam rumah apabila kebanyakan ruang bermain warna putih dan terdapatnya cermin polos bagi memudahkan cahaya dari luar masuk.

Secara keluruhan, meskipun terdapat elemen bangunan tinggalan yang sudah musnah, arkitek begitu profesional dalam menghasilkan sebuah karya seni bina yang unik, malah mampu memulihara sejarah kilang itu sendiri dari segi binaan dan adunan hiasan dalaman.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 April 2020 @ 6:30 AM