ANTARA hiasan daripada barang terbuang.
ANTARA hiasan daripada barang terbuang.
Muhamaad Razis Ismail


PADA pandangan biasa seperti penulis tiada apa yang menarik terhadap kayu dan tempurung terbuang yang biasanya berada di tepi jalan dan tong sampah.

Bagaimanapun, bagi Abdul Aziz Awang, 59, semua benda yang dilihat boleh dijadikan barang yang sangat menarik di rumahnya di Kampung Wakaf Zain, Kota Bharu sekali gus menjadi sumber pendapatan sampingan.

Bayangkan dengan kreativiti yang dimiliki bapa kepada

dua anak ini, sabut kelapa yang terbuang dijadikan patung itik.

Abdul Aziz berkata, sejak kecil dia mula tertarik untuk menghasilkan hiasan daripada barang terbuang.

Katanya, dia sering melihat barang terbuang ini boleh dibuat sesuatu yang menarik dan menguntungkan.

“Kebiasaannya saya akan ambil dulu barang terbuang seperti pelampung, kayu, sabut kelapa dan tempurung untuk dibawa pulang ke rumah.

PELAMPUNG yang diwarnakan dan diletakkan di sudut rumah.
PELAMPUNG yang diwarnakan dan diletakkan di sudut rumah.

“Kemudian baru saya fikir untuk hasilkan sesuatu daripada barang terbuang itu. Kebiasaannya, idea untuk menghasilkan hiasan itu datang secara spontan berdasarkan pemerhatian.

“Antara hiasan yang berjaya dihasilkan dan mendapat sambutan

adalah patung itik, burung dan pelampung,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Menurutnya, antara hiasan yang paling sukar dihasilkan adalah arca daripada besi.

“Saya tidak mempunyai kemahiran mengimpal besi dan terpaksa mendapatkan bantuan pihak lain namun kadangkala hiasan yang dihasilkan tidak seperti diharapkan.

PELAMPUNG terbuang yang boleh dijadikan hiasan menarik.
PELAMPUNG terbuang yang boleh dijadikan hiasan menarik.

“Oleh itu, saya sudah membeli peralatan untuk mengimpal dan akan cuba menghasilkan arca besi sendiri dalam masa terdekat,” katanya.

Katanya, dia turut membuka kelas kepada penuntut universiti dan golongan muda yang berminat dengan penghasilan hiasan dalaman daripada barang terbuang.

“Mereka mempunyai pelbagai idea kreatif namun kadangkala tidak nampak barang terbuang ini boleh hasilkan ‘sesuatu.’

ARCA tulang ikan
ARCA tulang ikan

“Jadi saya membantu tunjuk jalan dan buka minda mereka dengan tunjukkan contoh sebelum mereka hasilkan produk sendiri yang lebih menarik,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Mac 2020 @ 6:21 AM