PENGGUNAAN panel dinding ‘wainscoting’ pada ruang.
PENGGUNAAN panel dinding ‘wainscoting’ pada ruang.

PADA tahun ini, rekaan Inggeris dan gaya rumah Eropah antara konsep mendominasi pilihan pemilik kediaman yang menginginkan suasana kediaman seperti berada di negara empat musim.

Peralihan trend bermula awal tahun dengan gaya klasik Inggeris seperti kotej ros kepada konsep ladang, kemudian pilihan lebih ringkas dan moden seperti Scandinavia serta moden Inggeris.

Namun, itu tidak mengehadkan pereka hiasan dalaman tampil dengan idea baru dan konsep yang lebih segar seperti dilakukan EA Alam Reka Sdn Bhd serta MamyHome Interior Design Renovation.

PENGGUNAAN perabot pada konsep yang sesuai.
PENGGUNAAN perabot pada konsep yang sesuai.

PENGGUNAAN perincian geometri sebagai motif dinding selain perabot meletakkan tangan.
PENGGUNAAN perincian geometri sebagai motif dinding selain perabot meletakkan tangan.

Menurut pengasas firma yang berpusat di Subang Bestari itu, Amin Yusof, melihat konsep neo-Oriental atau kontemporari Oriental sebagai pilihan unik boleh dicuba pemilik kediaman yang mahukan kelainan dalam reka hiasan dalaman pada 2019.

“Merujuk kepada trend melantik khidmat perunding hiasan dalaman (ID), selalunya ramai lebih gemar melihat rekaan ruang sebagai sentuhan ‘khas’ yang mewakili identiti pemilik kediaman. Tentu saja setiap rekaan berbeza dengan kediaman lain.

LEBIH trendy dengan pemilihan fabrik bermotif.
LEBIH trendy dengan pemilihan fabrik bermotif.

“Oleh itu, penting sebagai pereka terus mencari konsep terbaru dan terkini yang dapat dibawa masuk dalam pasaran rekaan kediaman.

“Satu kebiasaan pemilik kediaman masa kini apabila lebih terbuka dan tahu menilai setiap sentuhan atau karya perunding.

“Kami dapati banyak rekaan lama diberi nafas baru. Ini termasuk tema Oriental yang dimodenkan atau neo-Oriental,” katanya.

Ditanya idea atau ilham untuk mengetengahkan konsep itu sebagai rekaan 2019, Amin melihat pengeluar perabot terutamanya berlumba-lumba menampilkan konsep Oriental dengan pakej warna menarik.

 ANTARA konsep hiasan dalaman neo-Oriental tetapi lebih moden.
ANTARA konsep hiasan dalaman neo-Oriental tetapi lebih moden.

“Secara umum konsep rumah tradisi Cina sepadan dengan prinsip hiasan dalaman iaitu mempunyai etika tertentu. Ruang dalam kediaman hadir dengan rekaan tertentu mengikut fungsinya.

“Dalam konsep Oriental, perincian tradisi seperti motif geometri pada perabot masih dikekalkan. Malah perincian rumah dapat dilihat harmoni dengan penggunaan ruang terbabit.

PENGGUNAAN warna biru dakwat.
PENGGUNAAN warna biru dakwat.

“Motif sedia ada pada perabot tradisi umpamanya digunakan pada perabot terkini tetapi saiz motif itu lebih besar atau kecil. Tambahan lain ialah warna yang lebih berani digunakan sesuai dengan pengaruh konsep pop China.

“Selain itu rangka perabot kalau lama lebih besar tetapi potongan tampak ‘kurus’ berbeza dengan rekaan tradisi yang nampak lebih besar dan padat. Warna digunakan lebih terang relevan dengan jiwa muda pemilik kediaman masa kini ,” katanya.

Berkongsi mengenai penggunaan warna, kata Amin, ia tidak banyak berubah dengan konsep yang ada kini. Cuma pilihan warna lebih bermusim untuk aksesori dan perincian boleh diubah, seperti hijau zamrud, biru dakwat, jingga neon dan emas.

KOMBINASI perabot lebih ringkas dengan hiasan sakura tidak menjejaskan elemen Oriental.
KOMBINASI perabot lebih ringkas dengan hiasan sakura tidak menjejaskan elemen Oriental.

Katanya, selain neo-Oriental permintaan terhadap tema Inggeris masih tinggi kerana pemilik berasakan konsep itu ideal sepanjang zaman.

“Gaya Inggeris masih mendapat permintaan kerana ia dilihat memenuhi gaya hidup kelas atasan yang penuh dengan protokol. Cumanya tidaklah sarat seperti rekaan Inggeris klasik sebaliknya ia lebih moden serta minimalis.

“Kepakaran kami dalam menata rias gaya Inggeris ialah pada ciri asas rekaan iaitu pemasangan panel dinding seperti ‘wainscoting’. Terdapat dua kaedah iaitu memasang panel kayu penuh dan bingkai.

“Kelebihan kayu panel penuh, selain nampak lebih eksklusif, ia juga mempunyai fungsi lain seperti penyerap bunyi. Tetapi bagi jenis bingkai, hasilnya berbeza dan untuk mereka mencari pilihan lebih bajet,” katanya.

REKAAN perabot tradisi tetapi diberi nafas baru.
REKAAN perabot tradisi tetapi diberi nafas baru.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Disember 2018 @ 5:31 AM