ASID ringan sebagai bahan murah dan mudah buang karat.
ASID ringan sebagai bahan murah dan mudah buang karat.
Zaitie Satibi


Perabot logam krom tampak anggun dan kontemporari, malah lebih menyerlah jika ia berkilat.

Namun, kelembapan boleh merosakkan perabot ini dan berkarat. Apabila karat semakin teruk, perabot berkeruping dan perlahan-lahan logam akan terhakis.

Bagi menghilangkan karat memang mudah jika menggunakan bahan kimia khas, namun anda boleh menggunakan bahan sedia ada di rumah dengan murah dan cepat.

• Gunakan pembungkus aluminium atau 'kertas timah' berikutan bahan ini bertindak balas secara kimia dengan karat.

Ini membuatkan karat mudah dibuang, malah aluminium yang lembut berbanding logam lain tidak menyebabkan kesan gurisan pada permukaan perabot krom.

Bersihkan dulu perabot krom yang berkarat menggunakan air sabun dan ini memudahkan anda mengesan bahagian yang berkarat.

ALUMINIUM boleh digunakan untuk buang karat.
ALUMINIUM boleh digunakan untuk buang karat.

Kemudian, celup kepingan aluminium ke dalam air yang ditambah garam kerana air masin mempercepatkan proses penyingkiran karat.

Gosok perlahan-lahan bahagian yang berkarat menggunakan kepingan aluminium dan ulang proses sehingga karat hilang.

CELUP aluminium dalam air masin untuk cepat hilangkan karat.
CELUP aluminium dalam air masin untuk cepat hilangkan karat.

• Gunakan asid ringan seperti air perahan limau, cuka dan soda. Penggunaan asid ringan boleh membuang karat tanpa risiko ketara kepada keseluruhan logam krom.

Bersihkan bahagian yang berkarat dengan air sabun. Curah asid ringan ke bahagian yang berkarat dan tinggalkan kira-kira 15 minit. Gunakan span kasar untuk membuang karat yang bercampur asid ringan.

Bersihkan semula bahagian berkarat yang ditanggalkan tadi dengan air sabun dan lap dengan kertas tisu supaya perabot krom itu kering. Sapu bahan pelindung karat supaya masalah tidak berulang.

GOSOK aluminium pada perabot krom perlahan-lahan.
GOSOK aluminium pada perabot krom perlahan-lahan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 April 2018 @ 7:10 AM