LIDAH buaya mengandungi 72 zat baik untuk manusia.
LIDAH buaya mengandungi 72 zat baik untuk manusia.
HM Digital

Pokok lidah buaya atau aloe vera berasal dari Afrika Utara adalah sejenis tumbuhan yang sering ditemui di kawasan beriklim panas dan kering.

Biasanya ia digunakan sebagai tanaman hiasan atau perubatan.

Ketinggian pokok lidah buaya dianggarkan mencecah 80 hingga 100 sentimeter (sm).

Ia mempunyai daun berwarna hijau muda, berbentuk runcing di hujungnya dan berduri.

Popular dalam kalangan tumbuhan kecil dan tiada teras keras, pokok lidah buaya sesuai dijadikan pokok hiasan dalam pasu bagi menyerikan ruang rumah sama ada di halaman mahupun balkoni.

Tersenarai antara 10 jenis tanaman terlaris di dunia, lidah buaya turut dikenali dalam bidang kecantikan dan kosmetik.

Ini kerana gel lidah buaya mengandungi 72 zat diperlukan tubuh manusia termasuk asid amino, karbohidrat, beta karoten, vitamin C dan E dan mineral.

Pokok lidah buaya juga bersifat antibiotik, antiseptik dan antibakteria yang dikatakan baik dalam penjagaan kesihatan.

Khasiat pokok lidah buaya digunakan bangsa Sumeria sejak 1875. Malah sebelum itu, bangsa Mesir Kuno terlebih dulu mengetahui manfaatnya sebagai ubat sekitar 1500 dan menggelarkan ia sebagai tanaman ‘keabadian.’

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 January 2018 @ 9:53 AM